Gambar oleh : PMG St. Dominic Ldu
Artikel oleh: Diakon Ricki Boy Hasim

Katekatikal Paroki St.Dominic โ€“ Pada 11 Januari 2025, Rekoleksi Para Pembimbing Pusat dan luarstasi bagi tahun 2025 telah diadakan. Rekoleksi selama 2 jam ini bermula pada pukul 2.00 petang di dewan paroki St. Dominic dan disampaikan oleh penyampai sesi iaitu Diakon Ricki Boy Hasim.

Dalam sesi yang pertama, Diakon Ricki meminta para pembimbing untuk membina sebuah gereja yang bertemakan “Bina Gereja Ku” dan sesi yang kedua Diakon Ricki menjelaskan tema rekoleksi para pembimbing bagi tahun 2025 yang diambil dari ayat Injil Yohanes 13. Sesi ketiga diteruskan dengan Tema “Surat Dari Guru Kepada Guru” dimana beliau meminta semua para pembimbing untuk menulis surat khasnya buat Yesus dengan cara sebagai seorang pembimbing.

Dalam penghujung Rekoleksi ini, saudara Sebastian selaku Penyelaras Katekatikal Paroki St. Dominic menjelaskan garis panduan setiap kelas yang ada di paroki ini agar ia berjalan bersama dengan paroki lain di Keuskupan Sandakan. Beliau menerangkan garis panduan tersebut agar dapat difahami oleh setiap pembimbing pusat mahupun pembimbing luarstasi.

Rekoleksi Para Pembimbing Ini diakhiri dengan sesi bergambar dan menyiapkan diri untuk mengikuti Misa Kudus Pengutusan para pembimbing paroki yang diselebran oleh rektor Paroki, Rev. Fr. Stanley William Matakim.

Perjumpaan para pembimbing paroki diteruskan dengan jamuan makan malam bersama para pembimbing. Ini julung kalinya katekatikal Paroki St. Dominic mengadakan jamuan makan yang bertujuan untuk mengenali dengan lebih erat lagi para pembimbing pusat dan luarstasi.

Dalam ucapan penyelaras Katekatikal Paroki Saudara Sebastian J. Francis, beliau berharap agar setiap pembimbing sentiasa bersyukur kerana telah diutus untuk menjadi alat Tuhan. Pada akhir ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembimbing Katekatikal Paroki. Harapan beliau agar Katekatikal terus hidup di tahun 2025.

Jamuan diakhiri dengan doa penutup oleh Rektor Paroki, Rev. Fr. Stanley W. Matakim dan bersurai.