Gereja St. Mark
Bishop Julius Dusin Gitom telah merayakan
Selepas pembaptisan kanak-kanak, seterusnya bagi orang dewasa.
Sambil menanti para baptisan baru menukar pakaian, Bishop memberkati umat yang hadir dengan Air Suci yang sama sebagai tanda memperbaharui janji-janji Sakramen Pembaptisan.
Selepas menukar pakaian. Mereka dipersilakan untuk menyalakan lilin masing-masing dari Lilin Paskah sebagai tanda iman mereka telah diperbaharui oleh Kuasa Roh Kudus dan pada masa depan mereka akan menjadi Saksi Kristus yang telah menjadi terang Dunia.
Dalam homilinya, beliau menyatakan kebangkitan Tuhan Yesus iaitu suatu kemenangan bagi manusia kerana Yesus telah mati di kayu salib bagi menebus dosa-dosa manusia. Pada hari ke-3, Ia telah bangkit dan ini telah membuktikan bahawa Yesus Kristus benar-benar Anak Bapa di Syurga. Pada zaman dahulu sudah ada amalan menyuci orang dengan air sebagai tanda pembaharuan dan kelahiran kembali. Tetapi, dalam Kristian Katolik, upacara ini membawa makna lebih mendalam. Setelah dibaptis dengan Air Suci yang telah diberkat, para calon menjadi umat Kristian yang sebenar di mana mereka disucikan dari dosa-dosa asal. Maka, selepas itu mereka menjadi orang baru iaitu pegangan iman yang teguh. Mereka akan memartabatkan dan lebih mengerti akan kebangkitan Yesus Kristus dari kematianNya dan janji-janji kehidupan kekal bagi
Koir dari Taman Rimba, Sandakan.
Berikut adalah satu perkongsian iman oleh salah seorang calon dari kelas IKD. Melalui perkongsiannya kita dapat melihat banyak pembaharuan iman telah dialami dalam hidupnya sewaktu dalam proses pembelajaran lagi.
Setelah mengikuti kelas IKD buat pertama kali di Papar, banyak rintangan harus saya tempuhi di mana masalah keluarga membuatkan saya tidak dapat menghabiskan pembelajaran dalam kelas tersebut. Walaupun demikian, ibu, bapa, 4 orang adik dan seorang daripada abang saya tetap dapat menerima Sakramen Pembaptisan. Masalah tersebut tidak mematikan impian dan niat saya untuk dibaptis seperti mereka.
Setelah beberapa ketika, saya kembali belajar di kelas IKD di Gereja St Mark, Sandakan. Dan sekali lagi ada halangan. Jadi, saya masih belum dapat menamatkan pembelajaran. Saya terpaksa balik ke kampung. Namun, saya tidak berputus asa dan masuk lagi ke kelas IKD di Gereja St. Linus, Papar. Pada ketika itu, hampir kesemua adik-beradik saya telahpun dibaptis. Ibubapa dan kawan-kawan selalu memberi dorongan membuatkan iman saya semakin teguh. Saya menjadi semakin aktif dalam mengikuti pelbagai aktiviti Gereja. Saya menyertai doa kelompok, Rosari serta pernah mengikuti kem Belia Paroki (KBP I) di Gereja Limbahau, Papar. Iman saya pun semakin bertambah kerana banyak yang dapat saya pelajari dari sana. Saya turut mengikuti seminar pada masa itu. Tetapi, yang agak mengecewakan ialah saya belum juga dapat habiskan pelajaran atas sebab-sebab peribadi. Pada waktu itu, saya sudah pun bertunang dengan seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Buddha. Tetapi, saya masih dengan pendirian saya untuk memasuki agama Kristian Katolik. Lalu, saya berikhtiar dan berusaha membawa tunang saya itu untuk mengenali Yesus.
Pada tahun 2006 & 2007, banyak kejadian menyedihkan menimpa keluarga kami antaranya bapa saya hampir meninggal dunia akibat menderita penyakit angin ahmar. Dia koma dan kritikal. Saat itu, kami sekeluarga menaruh kepercayaan sepenuh hati kepada Tuhan dan kami serahkan segalanya kepada Dia. Kami tekun berdoa dan puji Tuhan…bapa saya telah selamat walaupun lumpuh pada saat ini. Hal ini telah memberi kesedaran kepada kami semua bahawa Tuhan itu Maha Pengasih dan sentiasa mendengarkan permintaan umatnya yang setia.
Tidak lama kemudian, saya pun berkahwin. Syukur kepada Tuhan, akhirnya hati suami saya terbuka untuk memeluk agama Kristian Katolik. Biarpun masih banyak dugaan yang kami terpakasa tempuhi sewaktu dalam proses untuk masuk Katolik, saya tetap setia berdoa. Akhirnya, sekarang kami dapat belajar bersama-sama dalam kelas IKD.
Apa yang sangat mendorong atau membuka hati bagi saya dan suami untuk masuk Katolik ialah kami tertarik pada peribadi Yesus Kristus, Cinta kasihNya dan pengorbananNya terhadap umat manusia yang berdosa tanpa mengharapkan balasan. Malahan, Yesus telah menyediakan tempat bagi umatnya yang setia dan menjanjikan kita kehidupan yang kekal iaitu Syurga. Kami percaya akan semua yang telah Yesus janjikan. Syukur kepada Tuhan juga kerana kami adalah di antara calon baptisan pada tahun ini…Semoga kami menjadi saksi Kristus yang sejati…