Hari Sukan Peringkat Paroki
Katedral St Mary, Sandakan
Sandakan: Bagi Negeri Sabah yang diduduki oleh majoriti kaum Kadazandusun dan Murut, bulan Mei merupakan satu bulan yang penting di mana dalam masa sebulan ini, di merata tempat seluruh Sabah akan diadakan sambutan Pesta Kaamatan. Akitiviti yang lazim dijalankan ialah Pertandingan Permainan Tradisional, Jualan Makanan dan Minuman Tradisional serta Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik Kaamatan).
Selesai ucapan, beliau memimpin Doa Pembukaan. Kemudian, acara pembuka tirai dimulakan iaitu acara perbarisan yang julung kalinya diadakan untuk Hari Sukan Pesta Kaamatan peringkat paroki. Fr Thomas dan Sr Appolonia merupakan pengadil bagi acara itu.
4 Kontingen yang bertanding dalam Acara Perbarisan:
- Katedral St Mary (Jalan Puncak)/Gereja St Joseph (Batu 2.5)
- Gereja St Mark (Batu 12,)/St Petrus (Sungai Manila)
- Gereja St Paul (Ulu Dusun)/St Thomas (Kretam)
- Gereja Our Lady of Fatima (Beluran)/St Emmanuel (Jaya Bakti)
Setelah menunjukkan kelebihan kontingen masing-masing, Kontingen Katedral St Mary telah dinobatkan sebagai juara manakala Gereja St Paul, Gereja St Mark dan Gereja Our Lady of Fatima pula masing-masing mendapat tempat ke-2, ke-3 dan ke-4.
Pelbagai acara sukan bercorak tradisional dan moden dijalankan selepas itu. Antara acara sukan bagi umat Veteran ialah Melastik, Monopuk (Menyumpit), Mengupas Kelapa dan Pinang tua, Menampi padi, Boling Kelapa, Manampanau (Berjalan menggunakan Batang Bambu), Minsintoob (Lontar Peluru) dan Tarik Tali. Sr Liliana Gubod tidak ketinggalan untuk mengikuti acara Melastik mewakili paroki Katedral St Mary.
- Wakil St Paul dengan penuh semangat melepaskan getah lastiknya.
- Sr Liliana Gubod fsic juga tidak ketinggalan mengikuti acara ini bagi mewakili Katedral St. Mary.
- Peserta menarik lastik dengan bersungguh-sungguh dengan harapan dapat mengenai sasaran.
- Kelihatan acara ini menarik perhatian ramai penonton dari setiap gereja.
Melihat kepakaran peserta dalam Acara Monopuk (Menyumpit):
- Mariyoh Ginjal-Wakil St Mark
- John Baptis-Wakil St Mary
Acara-acara Mengupas Kelapa (Guna Batu), Boling Kelapa dan Menampi Padi:
- Pertandingan ini memerlukan teknik yang betul dan kerjasama pasukan.
- Pengadil sedang meneliti hasil kerja para peserta.
- Para Peserta Perempuan mula melakukan cubaan untuk gereja masing-masing.
- Salah seorang peserta cuba membuat golekan kelapa yang terbaik.
- Peserta kategori Lelaki Dewasa sedang menumpukan perhatian bagi cubaannya.
- Pengadil sedang memberi penerangan tentang peraturan pertandingan kepada para peserta sebelum acara dimulakan.
Acara yang memerlukan tenaga yang banyak-Acara Manampanau dan Minsintoob:
- Batang-batang Bambu dicuba sebelum acara dimulakan.
- William Gabriel menjadi salah satu peserta harapan bagi acara ini.
- Mengumpulkan sebanyak mungkin tenaga sewaktu melakukan lontaran.
Acara yang paling diminati dan dinanti-nanti oleh semua, Acara Tarik Tali. Kedua-dua kategori telah dimenangi oleh Pasukan dari Katedral St Mary/Gereja St Joseph.
Acara sukan bagi kategori remaja dan kanak-kanak pula ialah Lari Tiga Kaki, Memancing botol, Mengisi Botol dengan Air, Tiup Belon, Makan Epal, Cari Duit dalam Tepung, Lari dalam Karung, Lari Membawa Telur Masak dan Lari menggunakan Kasut Tempurung Kelapa.
Antara acara-acara untuk kategori Kanak-kanak dan remaja:
- Kanak-kanak dari St Paul begitu bertenaga sewaktu berlari dalam Acara Lari Tiga kaki.
- Peserta dari Gereja St Mark cuba menyelesakan diri untuk berlari sebelum perlumbaan dimulakan.
- Kanak-kanak begitu berhati-hati dan teliti dalam Acara Memancing Botol. Acara ini memerlukan teknik yang betul agar berjaya memancing.
- Acara Mengisi Botol dengan Air memerlukan kesabaran, kerjasama serta teknik tangan yang betul supaya banyak air dapat diisi.
- Peserta Remaja Perempuan dan Lelaki dalam Acara Makan Epal. Para peserta harus mencari jalan untuk dapat mengigit epal tersebut tanpa menggunakan tangan.
Biarpun cuaca agak panas terik ketika itu, Fr Thomas sempat meluangkan masa untuk memberi semangat dan sokongan kepada para peserta.
Sr Appolonia Gumpu fsic berkesempatan memainkan alat muzik tradisional bersama umat.
Pada Hari Sukan itu juga, jualan makanan dan minuman tradisional serta moden turut diadakan. Gerai-gerai dibuka oleh beberapa umat dari Gereja masing-masing.
Gerai Menjual Makanan dan Minuman tradisional dan moden:
- Gerai Philip Mosinoh
- Gerai Rosalind Abel
- Gerai Konven St Mary
- Para pelanggan sedang menikmati makanan dan makanan yang dibeli dari gerai-gerai tersebut.
Hari Sukan ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pilis Malim. Juara keseluruhan bagi Hari Sukan Pesta Kaamatan Peringkat Paroki Katedral St Mary 2009 yang membawa pulang piala pusingan telah dimenangi oleh Katedral St Mary/Gereja St Joseph dan Naib Juara pula disandang oleh Gereja St. Paul/Gereja St Thomas. Manakala, tempat ke-3 dan ke-4 jatuh kepada Gereja St Mark/Gereja St Petrus dan Gereja Our Lady of Fatima/Gereja St Emmanuel.
Philip Mosinoh mewakili Katedral St Mary/Gereja St Joseph menerima Piala Pusingan untuk Juara Keseluruhan yang disampaikan oleh Pilis Malim.
Pihak penganjur mengakhiri Hari Sukan tersebut dengan Doa Penutup dan ucapan terima kasih , syabas dan tahniah terhadap semua yang terlibat dan juga kepada para pemenang pada hari itu. Bermula dari proses pengurusan sehinggalah acara sukan dilaksanakan, jelas kelihatan kerjasama antara semua umat. Ini menunjukkan bahawa kesatuan atau integrasi kaum wujud di kalangan umat Katolik Daerah Sandakan yang berbangsa Kadazandusun dan Murut.