Tawau : Mgsr Nicholas Ong, rektor Paroki Holy Trinity Tawau, telah menyempurnakan acara perasmian dan pemberkatan Chapel St Joseph, Merotai pada 26hb Jun 2009 jam 11.00 pagi. Beberapa orang ahli Majlis Pastoral Paroki dan Pelayan Ekaristi stasiluar turut serta dalam acara tersebut.
Bangunan Chapel ini menggantikan chapel yang lama yang pada mulanya adalah sebuah rumah kecil yang didermakan kepada Paroki Holy Trinity untuk kegunaan ibadat hari Ahad. Selepas beberapa tahun dan atas usahasama penduduk umat Katolik setempat berhasil menggantikan rumah tersebut sebagai satu bangunan yang selesa untuk menjalani Misa Kudus, servis ibadat sabda, dan lain-lain aktiviti berkaitan.
Chapel ini terletak di Kampung Jagung, lebih kurang 40 kilometer dari bandar Tawau dan mempunyai hampir 200 umat yang terdiri dari berbagai suku dan kebanyakannya adalah petani dan peneroka.
Sempena perasmian Chapel ini, juga diadakan Sambut Pertama Komuni bagi18 orang anak-anak sekolah minggu. Pada masa yang sama serta sebagai tanda perasmian, upacara penanaman pokok pine di perkarangan Chapel telah dilangsungkan yang disempurnakan oleh Msgr Nicholas dan Penyelaras Stasiluar, sdr. Francis Kamuntah.
Oleh : Soccom HTC Tawau
Msgr. Nicholas planting a pine tree
Msgr & Organising Committee cutting cakes
Msgr welcoming the candidates
Ist Holy Communicants cutting cakes