KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN. 25 Julai 2009. Tiga Katekumen yang berasal dari Kapit, Sarawak, bekerja sebagai Jururawat di Hospital Sandakan telah menerima Sakramen Pembaptisan dan Komuni di Chapel St. Mary’s Cathedral oleh Rev. Fr. Thomas Makajil Rektor Paroki St. Mary Katedral Sandakan.
Album Kenangan gambar bersama paderi
Mereka ialah Susie Jarup, Annie Jadam dan Maria Sapong Efindi. Ketiga-tiga mereka mendapat bimbingan dari Sr. Liliana Gubod FSIC selepas mereka tidak dapat bersama dalam kelas IKD oleh sebab jadual Kursus mereka. Ketiga-tiga mereka akan kembali ke Sarawak dan bertugas di sana pada 23 December, 2009 nanti.

Upacara Sakramen Pembaptisan. Calon sedang melapazkan kepercayaan

Fr. Thomas sedang membaptiskan calon katekumen
dalam nama Bapa dan Putera dan RohKudus
sambil menjiruskan air di atas kepala calon.

Mereka akan menerima Sakramen Penguatan pada 12 September, 2009 nanti. Antara lain pesan dari Fr. Thomas: “kamu kini adalah sebahagian dari Gereja Katolik sejagat dan memiliki hak yang sama. Jadilah terang kepada orang lain, saksi Kristus dan hidupilah iman Katolik setiap hari…”

Album kenangan bersama-sama dengan Guru Pembimbing IKD Sr. Liliana Gubud selepas calon menerima pembaptisan dan komuni