SANDAKAN: Ahad, 14hb November 2009, Legion of Mary (LOM) Presidium “Ratu Rosari Bonda Penaung”, memperingati satu tahun penubuhan Kuria Bahasa Malaysia dengan mengadakan retret sehari di Bangunan Fr Mulders.

Fr Thomas Makajil, paderi paroki Katedral St Mary, Sandakan dalam ceramah beliau mengatakan bahawa:

  • Tugas utama LOM membantu Gereja kerana telah diiktiraf sebagai komuniti pertama dalam karya penginjilan.


  • Ahli LOM harus menggambarkan sikap kristiani dalam apa jua kegiatannya dengan mendukung ciri-ciri ditunjuk oleh keperibadian Bonda Maria selaku penaung dan para tentera Romawi kuno.
Fr Marcellinus Pongking, paderi paroki Gereja St Martin juga selaku pembimbing rohani LOM Keuskupan Sandakan dalam isi ceramahnya berkata bahawa:

  • Penginjilan melalui LOM adalah satu cara Pembaptisan yang bukan sahaja membawa erti mengkatolikkan atau mengkristiankan tetapi juga sebagai mentobatkan, menghibur serta menyembuhkan.


  • Pembaptisan dari segi ini tidak terbatas kepada Kristian Katolik yang tidak lagi ke gereja atau berkomuniti, yang belum beragama, Kristian dari dominasi lain dan agama lain kerana ahli LOM berpegang kepada prinsip bahawa setiap insan berhak untuk hidup gembira, damai serta sukacita.


9 ahli percubaan daripada Presidium Ratu Takhta dan Ratu Pengasih melafazkan janji taat setia dan komitmen sebagai ahli tetap LOM sewaktu Misa Kudus penutupan bertempat di Chapel Katedral St Mary.

Acara kemuncak, pertandingan mencipta lagu Bonda Maria, menampilkan 8 buah lagu. Dua daripada komiti bukan LOM iaitu Komuniti Kristian Dasar (KKD) Merak dan Secular Franciscan Order (SFO) turut mengambil bahagian.

Keaslian melodi atau irama dan lirik yang menarik dari lagu bertajuk “Bonda Maria Ratu Rosari Ibu Penaung” yang dicipta oleh Presidium Ratu Pengasih telah terpilih sebagai lagu terbaik. Lagu ini akan dipertandingkan di peringkat Komisium di Kota Kinabalu pada 28hb November 2009.

Oleh Adaris Moses Sintan (AMS)

Presiden Kuria BM

Katedral St Mary, Sandakan