Team Kerasulan Belia Katolik Keuskupan (KBK) Sandakan berdiri di hadapan Altar menerima komitmen dan berkat pengutusan dari Bapa Uskup Julius.
Sandakan. Ahad. 7 Mac 2010 hari bersejarah bagi Belia Keuskupan Sandakan menyaksikan Team Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Sandakan (KBK) diutus di dalam Misa Kudus dan pelancaran logo KBK oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom.
Kronologi bermula dengan persiapan mesyuarat, rohani dan Doa Novena Santa Maria Goretti oleh belia serentak di empat buah paroki Keuskupan Sandakan. Anna Teresa Peter Amandus, merangkap Kordinator Team Penganjur Tempatan telah mengetuai persiapan tersebut.
Sr. Lilian mengajak belia mendalami maksud logo belia.
Perwakilan belia dari empat buah paroki iaitu Telupid, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan telah menyertai acara ini dimulai dengan sesi-sesi ‘input’ pada 6 Mac 2010 iaitu ‘Kenapa Kita Perlu Diutus?’ (oleh Sem. David Aloysius Garaman) dan ‘Mendalami Maksud Logo’ (oleh Sr. Lilian Unsoh, fsic).
Logo atau simbol Belia Katolik Keuskupan Sandakan
Salib belia yang membawa erti kepada realiti dunia belia masa kini yang mengalami kesakitan, kekecewaan, letih lesu dan berbeban berat Salib melambangkan pengorbanan Yesus. Luka-luka, titisan darah dan kebangkitan Kristus dari maut telah menyembuhkan belia. Salib membawa erti menyangkal diri untuk bangkit atas sengatan maut. Memandang salib mengenang jantung Yesus yang tertikam. Anugerah ini mengajak belia bersyukur dan memahami maksud misteri Perayaan Ekaristi yang dinstitusikan oleh Kristus.
Merpati putih yang melambang Roh Kudus penghibur atas nama Tuhan Yesus Kristus yang menyertai belia di kala suka dan duka, sakit dan sihat, susah dan senang. Roh Kudus yang berkuasa mentahirkan ketidaklayakan belia. Roh Kebenaran yang bercakap tentang Sabda Yesus yang mengembalikan belia ke jalan dan kebenaran dan kehidupan.
Daun palma yang melambangkan kemenangan dan pembaharuan bakal terjadi. Palma juga membawa pengertian tentang pasukan atau komuniti. Melambangkan belia sebagai tulang belakang Gereja. Warna hijau melambangkan kesuburan, kesegaran dan kekutan. Mengingatkan belia sedang bekerja di ladang Tuhan. Mengingatkan belia bahawa dirinya adalah ranting yang bersumberkan zat dari pokok.
Huruf D.Y.A adalah Belia Katolik Keuskupan Sandakan yang berbilang bangsa dan keturunan mampu bersatu untuk melaksanakan Amanat Agung Kristus. Mereka adalah Komunikator belia iman, pengharapan dan kasih yang mempertahankan dan menerangkan Ajaran Gereja melalui kesaksian hidup dalam Penginjilan, Kekudusan dan Kerasulan. Belia yang merealisasikan aspirasi Keuskupan Sandakan.
Barisan ahli Team KBK melafazkan Doa Belia
Pada 7 Mac. Pagi bermula dengan ‘Menghayati Doa Belia KBK’ yang dipimpin oleh Sr Lilian. Acara kemuncaknya ialah Perayaan Ekaristi diselebrankan oleh Bapa Uskup sendiri. Seramai 1000 umat termasuklah para belia seluruh Keuskupan Sandakan telah menjadi saksi kepada peristiwa tersebut.
Elemen Simbol belia yang terdiri daripada salib, palma, huruf D.Y.A dan merpati sedang dipersembahkan sementara pengertiannya dibacakan.
Upacara pelancaran Logo KBK disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius
dengan meletakkan elemen merpati putih.
Album kenangan Bapa Uskup, para sister dan bersama belia
Team Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Sandakan bergambar bersama Bapa Uskup
disamping Logo Team KBK.
Seminarian David A. Garaman menyampaikan sesi ” mengapa kita perlu di utus?”
Bro David dalam perkongsiannya menyatakan untuk menjadi rasul Kristus banyak yang perlu dikorbankan. Namun DIA tidak akan membiarkan kita bersendirian dalam perjalanan kita. DIA akan menghantar penolongNya yang setia iaitu Roh Kudus untuk membimbing kita dalam setiap langkah kita.
Beliau mengajak belia merenung dan memberi sahutan terhadap situasi masa kini yang menghendaki belia Katolik harus berkorban. Sebelumnya beliau telah menayangkan slide statistik sosial yang semakin membimbangkan.
Bapa Uskup diringi oleh Encik Francis Tan selaku Setiausaha Kerja Keuskupan dan Encik John Baptist selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Katedral St. Mary Sandakan mengambil tempat duduk. Sementara para belia memberi sambutan tepukan tangan.
Bapa Uskup berkongsi kegembiraan bersama belia.
Beliau mengajak belia mendalami iman dan pembangunan rohani.
Berikut adalah perkongsian daripada Cik. Anna Theresa Peter Amandus selaku Kordinator KBK yang pertama bagi Keuskupan Sandakan.
“Apa yang mengagumkan saya ialah kehadiran mesyuarat pertama hingga selesai mendapat kerjasama yang baik dari Kerasulan Belia Paroki St Mary Katedral (TRBR, JCC dan YMM), mereka secara sukarela mengambil tugas yang diberi sejak awal bulan Februari lagi.”
“Penglibatan dalam program LOT mempraktikkan semangat bekerja berpasukan membolehkan pendedahan kepada pengalaman baru, kepimpinan dan komunikasi serta idea.”
Anna bercakap kepada para belia
Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada En Francis Tan, Setiausaha Eksekutif Diosis dan En John Baptis selaku pengerusi PPC, St Mary Katedral dan Sr Lilian sdr. Bell kerana sudi meluangkan masa hadir dalam mesyuarat persediaan tersebut.
“Ini merupakan kali pertama belia mengadakan program peringkat Keuskupan dan bagi saya penglibatan semua terutama sekali Paroki St Mary Katedral sebagai tuan rumah amat penting.“
Gabungan idea-idea orang muda dengan orang lama telah menghasilkan perjalanan program yang baik dan Ahli Tim Kerasulan Belia Keuskupan terus menyumbangkan idea-idea mereka melalui email.
“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan yang mengaruniakan kepada belia segala berbakat dan komitment .” Katanya “Sememangnya tidak dinafikan persiapan sangat mencabar sekali.” Tambahnya. “Saya berharap semangat ini akan kekal sehinggalah pada 28 Mac 2010 Minggu Palma sempena World Youth Day! Di mana para belia paroki masing-masing akan berhimpun sekali lagi untuk mendengar pesanan dari Bapa Suci Sangti Papa Benedect XVI yang akan dibacakan kepada kaum muda di seluruh dunia.” Katanya dengan penuh harapan.
“Saya merasakan kekuatan doa novena bersama seluruh belia Keuskupan sangat berkesan”. Katanya.
Cik Anna juga menyampaikan ucapan Terima Kasih kepada Kerasulan Wanita Katolik Paroki St Mary, Sandakan yang menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya kepada belia.
Cik Anna mengongsikan kata-kata berikut: “Our planet is filled with heroes, young and old, rich and poor, man, woman, of different colors, shapes and sizes. We are one great tapestry. Each person has a hidden hero within; you just have to look inside you and search it in your heart, and be the hero to the next ones in need. Serve, serve well, serve others above yourself and be happy to serve. You are the change that you dream, as I am the change that I dream, and collectively we are the change that this world needs to be.” Oleh: Efren Penaflorida, Wira CNN, 2009.
Akhir sekali beliau mengucapkan penghargaan kepada Bapa Uskup Julius, Fr Thomas Makajil (Rektor) dan Fr Paul Lo (Penasihat Rohani belia) kerana sentiasa memberi perhatian terhadap belia.
Oleh: Aireen.