TELUPID – Seramai 29 bayi telah menerima sakramen pembaptisan di Gereja Santo Martin pada 13 Mac lepas yang turut disertai oleh ibubapa dan para penanggung.
Baptis bayi sudah menjadi tradisi dalam Gereja Katolik. Baptis adalah salah satu dari tujuh sakramen yang ada dalam Gereja Katolik. Sakramen mempunyai erti yang begitu penting bagi hidup orang Katolik.
Menurut Kordinator Komiti Katekatikal Paroki, Richard Lobinjang pembaptisan bayi ini adalah sebahagian aktiviti komiti semasa prapaska.
Katekesis turut diberikan kepada ibubapa dan penanggung sehari suntuk bermula 8.00 pagi dan berakhir 2.00 petang berlandaskan Hukum Kanon 867 ayat 1 “Para ibubapa berkewajiban untuk mengusahakan agar bayi-bayi dipermandikan dalam minggu-minggu pertama. Segera sesudah kelahiran anaknya, bahkan juga sebelum itu, hendaknya menghadap rektor paroki untuk meminta sakramen bagi anaknya dan mempersiapkan diri selayaknya untuk itu.”
“Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi. Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.” Mat 28:18-20
Paderi Paroki, Fr Marcelinus Pongking telah mengakhiri sesi ini dengan upacara misa dan pembaptisan.
Soccom St Martin Telupid