Shallom dan salam damai kepada semua umat yang dikasihi dalam Yesus Kristus. Saya berasal dari Kg. Mali au, Tongod. Saya berbangsa Kadazan dan berumur 23 tahun.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sister Liliana Gubod, Lorence, Edmond dan juga rakan-rakan dari Kelas IKD kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat perkongsian ini.
Sebelum ini saya, saya beragama Kristian dari denominasi lain. Hati saya terbuka untuk mengikuti aliran Katolik apabila mendapat sedikit sebanyak tunjuk ajar mengenai Kristian Katolik melalui tunang saya. Sebelum saya mengenali Katolik, banyak pertanyaan timbul dalam diri saya, antaranya, apa yang saya mengerti tentang gereja saya?
Saya tidak dapat mempelajari tentang perayaan-perayaan yang berlaku di gereja saya sendiri.
Sekali lagi saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan di atas pertolongannya dan saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan sekelas IKD. Semoga kita semua bersama-sama menyebarkan khabar baik ini dalam nama Yesus Kristus.
Tuhan memberkati kita semua.