“Ministri Kateketikal ialah ministri yang terpenting dalam Gereja Katolik kerana kita adalah pembimbing Sabda Tuhan kepada orang lain. Kita banyak mengajar kepada orang lain mengenai siapakah Yesus Kristus. Saya percaya ramai di antara kita yang sentiasa dicabar dan tercabar disebabkan pelayanan ini. Ingatlah bahawa Yesus lebih dahulu telah melihat dan memahami perjuangan kita dalam ministri ini. Di dalam ministri inilah Sabda Tuhan lebih banyak dipromosikan kerana itulah tulang belakang bagi keimanan seseorang. Kita tahu bahawa tiada nama lain selain nama Yesus yang kita ingin sampaikan kepada semua orang dan kerana nama itu jugalah kita dicabar dan tercabar oleh dunia. Namun, seperkara yang harus kita ingat bahawa cabaranlah yang mematangkan iman. Oleh itu, marilah kita teruskan berdoa agar Tuhan akan sentiasa memberikan kita kekuatan melalui bantuan Roh Kudusnya agar nama Yesus dapat didengar dan nama Tuhan dapat dipermuliakan lagi dalam ministri kita ini.”
Sebelum itu, pada 5hb Mei yang lalu, Paderi Paroki, Rev Fr Thomas Makajil bersama para perwakilan dari Majlis Pastoral Paroki dan semua komiti yang ada di Katedral St Mary telah dijemput oleh Komiti Katekatikal Paroki Katedral St Mary untuk melihat susunan carta organisasi yang betul bagi pembentukan Komiti Katekatikal Pusat dan Sub-sub Komiti Katekatikal di St Mary, Sandakan.
Francis Tan, Setiausaha Eksekutif Keuskupan Sandakan telah menerangkan secara ringkas tentang Buku Panduan Umum untuk Katekesis (General Directory for Catechesis).
Kemudian, Sr Veronica menerangkan secara terperinci mengenai Carta Organisasi Katekatikal dan diperjelaskan lagi oleh Fr Thomas.
Berikut ialah bentuk carta tersebut:
oleh DSsj