Sandakan – Seramai 13 kanak-kanak dan bayi telah dibaptis bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan pada 13 Jun 2010.

Sakramen Permandian merupakan sakramen pertama yang diterima oleh setiap individu Katolik. Sakramen ini amat penting kerana setelah dibaptis dalam Nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, kita menjadi anak-anak Allah.

Diakon David A. Garaman menjelaskan tentang Sakramen Permandian kepada ibubapa dan penanggung

Upacara ini dilaksanakan oleh Diakon David A. Garaman serta dihadiri oleh para ibubapa dan juga para penanggung.

Diakon David, dalam penjelasan singkat kepada para ibubapa dan penanggung tentang peranan masing-masing menegaskan bahawa ibubapa bertanggungjawab dalam perkembangan iman anak-anak mereka bermula daripada seorang bayi sehinggalah mereka dewasa kelak.

Tambahnya lagi penanggung juga memainkan peranan yang amat penting kerana mereka akan berjalan bersama dengan anak tanggungan mereka, memberi bantuan dan bimbingan dari segi pembentukan iman anak yang mereka tanggung.

Diakon David juga mengingatkan ibubapa agar tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada para penanggung tetapi ianya haruslah seimbang.

Selesai upacara pembaptisan, penyerahan Sijil Permandian diserahkan oleh Diakon David kepada ibubapa. Acara diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.


Soccom St. Mary