TELUPID. 10 Julai 2010. Diocesan Youth Apostolate (DYA) memilih tempat Perkhemahan St. David Kun-Kun Telupid untuk mengadakan rekoleksi kali ke 2. Sejauh 10 kilometer dari pekan Telupid dihubungkan dengan jalanraya pembalakan sebelumnya. Memakan masa 20 minit untuk sampai dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.


Tempat ini adalah merupakan Kawasan Perhutanan Kerajaan Negeri. Sudah tentu amat sesuai dan sangat istemewa kerana alam sekitarnya yang asli atau kurang gangguan dari aktiviti manusia. Di sini masih lagi kita melihat pokok-pokok besar, air sungai yang jernih, bersih dan suasana yang tenang serta udara segar. 

Rekoleksi adalah merupakan suatu aktiviti pembentukan kerohanian dan pendalaman iman bagi belia Katolik. Di mana para peserta akan mengasingkan diri ke tempat yang sunyi dan tenang. Di sini peserta mulai mengimbas kembali keberkesanan pelayanan sebelum dan menilai hasil serta harapan masa depan.
Program rekoleksi juga adalah program refleksi iaitu mengenal diri: siapa saya dan saya? siapa saya dan alam sekitar? siapa saya dan sesama dan siapa saya dan Tuhan? Rekoleksi dan Retret adalah cara Yesus membentuk para murid-muridNya.


Sesi pertama di kendalikan oleh Rev. Deacon David Garaman yang mengajak menelusuri jejak kehidupan Para Rasul Tuhan Yesus Kristus. Bukan sahaja semangat Roh Kudus yang mendorong pelayanan Para Rasul yang perlu diketahui, namun kelemahan kemanusiaan mereka juga. 
Beliau memulakan perkongsian tentang Yohanes Pembaptis sebagai guru  yang memperkenalkan ‘Anak Domba Allah’ Guru Baru iaitu Yesus Kristus. ‘Marilah dan lihatlah’. Demikianlah Sabda Yesus yang mengajak murid-Nya. 


Berbagai-bagai tanggapan murid sepanjang bersama dengan Guru. Apakah Dia diutus sebagai Mesiah, jelmaan nabi, apakata orang dan sebagainya. Sehinggalah mereka berpeluang melihat Tranfigurasi di Gunung Tabor. Para murid yang menyertaiNya ketika itu, melihat Yesus berubah rupa. WajahNya bercahaya seperti matahari dan pakaian-Nya putih bersinar laksana terang. Setelah itu,  Dia kelihatan bercakap-cakap dengan Musa dan Elia. Keilahian Yesus mencengangkan muridNya. Namun bagi Yesus kemuliaanNya adalah pengorbanan Salib di bukit Golgota.


Deacon David mengaitkan tentang pelayanan belia hari ini dengan aktiviti ‘tranfigurasi’ yang enggan turun untuk berkorban. “Realiti sebenarnya adalah dalam rumah” tambahnya lagi.

Deacon David meneruskan perkongsiannya tentang sejarah para Rasul Kristus iaitu keadaan Gereja yang didirikan oleh Yesus sendiri. Bagaimana sejarah Gereja yang diteruskan oleh Bapa Gereja awal mengalami suka dan duka seterusnya harta kebenaran yang kita nikmati hari ini.

Beliau juga mengaitkan pengertian motto Bapa Uskup yang sangat jelas dan menarik pada erti Ekaristi dan kaitannya dengan upacara mencuci kaki yang dilakukan oleh Yesus sendiri terhadap muridNya di keempat buah INJIL. Menurutnya sangat berkaitan dengan tindakan iman dan perbuatan iaitu Ekaristi yang hidup dalam peribadi umatNya.


Selepas berehat seketika, peserta meneruskan sesi dengan perkongsian doa. Beberapa teknik permohonan dalam doa yang berkesan menurut pengalaman mereka. Berdoa adalah ‘dialog’ memerlukan keberanian untuk bercakap dengan Tuhan. Pendoa perlu mengimbas keberadaan diri terlebih dahului dengan Roh Kudus. Menurut perkongsian sdr. Bell mengumpamakan salah satu konsep pekerjaan Roh Kudus adalah seperti peranan ‘anti virus’ bagi komputer.  


Roh Kudus membebaskan kita dari gangguan suara hati yang ketidakyakinan terhadap Allah (1 Yohanes 3: 19-24). Roh Kudus akan membersihkan deria dan pancaindera yang banyak menyimpan memori negatif, yang menyebabkan manusia bermasalah. 
Pada tengah hari acara makan bersama yang disediakan oleh para belia paroki St. Martin Telupid. Seterusnya peserta tidak melepaskan peluang mandi sebelum kembali untuk mengadakan mesyuarat.
Masa sangat cemburu sekali, bagi kami untuk menikmati alam semula jadi lebih lama.

Pengalaman indah ini sangat berkesan di hati para belia. DYA mengungkapkan cinta mereka dengan menamakan tempat ini Perkhemahan St. David Kun-Kun, Telupid, agar dengan harapan kiranya tempat ini sentiasa asli, terjaga dan tidak dicemari. Sdr. Rikkie mengatakan ingin ke tempat ini sekali lagi di masa hadapan, jika ada peluang katanya. 

Mesyuarat DYA- Sandakan di Bilik Mesyuarat Hotel Pekan Telupid

Antara agenda menarik dalam mesyuarat tersebut ialah laporan Konsultasi Belia dan persiapan penganjuran Konvensyen Belia pada 2011. Konsultasi Belia adalah merupakan suatu program dialog antara belia tentang realiti masa kini. Hala tuju dan sebagainya. Konvensyen Belia akan merenung Ucapan Dasar Uskup dan menerima Pembentangan Kertas Kerja serta Forum Belia.

Angeline adalah salah seorang dari anggota DYA memotong Kek Ulang Tahun

Pada malamnya adalah Majlis Makan bersama Rektor Paroki Rev. Fr. Marcellinus Pongking dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP) Encik Albert Matusin. Disamping menyaksikan tayangan slide imbasan kembali selama berada di Telupid.

dya