Kunak: Lebih kurang 150 umat di Stasi Luar Divine Mercy Sapang hadir bersama-sama dalam pemberkatan bangunan Chapel yang telah dibaikpulih dan diberi wajah baru. Chapel tersebut terletak kira-kira 8KM dari Pekan Kunak. Tarikh 10.10.2010 telah dipilih sebagai satu simpulan sejarah untuk Chapel ini bergerak lebih jauh dalam mengembangkan lagi misi dalam pelayanan gereja. Paderi Paroki St Dominic Lahad Datu, Rev Fr Simon Kontou dalam ucapannya menyatakan harapan agar umat di Stasi Luar ini terus bekerjasama antara satu sama lain dan teguh iman serta berusaha membangunkan gereja.
 Rev Fr. Simon Kontou menjalankan misa pemberkatan bangunan Chapel Divine Mercy

Disesuaikan dengan Bacaan Injil dalam Misa tersebut, Rev Fr Simon menegaskan bahawa umat yang sudah dipilih Tuhan melalui pembaptisan perlu yakin dengan iman yang ada agar jangan bergantung kepada kepercayaan mistik apabila mengalami kesulitan atau penyakit. Pengharapan dalam penyembuhan batin hanya dapat diperolehi dengan iman kepada Yesus Kristus.
Pemberkatan Holy Water, Altar dan Tabernakel Chapel Divine Mercy

Umat dari Stasi Luar St Peter, Kunak dan Divine Mercy, Sapang

Misa Kudus dijalankan pada jam 3.00 petang ini berlangsung dengan penuh penghayatan dan kesyukuran di kalangan  umat. Komiti Indonesia terutamanya berterima kasih dan bersyukur dengan Keluarga Jeffry Pang dan Evelyn Watson yang telah banyak membantu membangunkan kapela ini yang mana rata-ratanya umat di Chapel Divine Mercy adalah dari kalangan umat Timor.
Sesi Bergambar: AJP Pemberkatan Chapel Divine Mercy bersama Komiti KUK SPCC
Menikmati jamuan selepas Misa Kudus di luar Kapela.
 James Johnny, Soccom St Peter, Kunak.