Sandakan – Hujan lebat pada 27 – 29 Januari 2011 telah menyebabkan tanah runtuh dan pokok-pokok tumbang berlaku di kawasan sekitar Katedral St. Mary, Sandakan.
Tiang elektrik jatuh ke tanah akibat ditimpa pokok
Pemandangan dari atas rumah Rektor
Tanah runtuh berdekatan dengan rumah Rektor
Antara kawasan yang terlibat adalah kawasan meletak kereta berdekatan dengan rumah Rektor, Kapel, Konven dan paling teruk sekali adalah di Bangunan Kateketikal Fr. Mulders.
Keadaan belakang Kapel
Belakang Konven
Jalan menuju ke Fr. Mulders tertutup oleh pokok tumbang akibat hujan tidak berhenti-henti selama beberapa hari
Paderi Paroki, Fr. Thomas Makajil menyeru dan menjemput para umat agar datang bersama membersihkan kawasan runtuhan dan banjir sebagai tanda solidaritas dan tanggungjawab bersama.
Maka dengan itu satu gotong-royong telah diadakan pada 13 Februari 2011 dengan dihadiri lebih kurang 200 umat yang mewakili kumpulan-kumpulan yang ada di paroki.
Antara individu dan syarikat-syarikat swasta yang hadir dalam misi gotong-royong membersihkan Fr Mulders ialah IJM Plantation, City Construction, Trus Hidup Poperties dan Majlis Perbandaran Sandakan.
Aktiviti ini dimulakan seawal 12.30 tengahari di mana saudara Jerry Lo dan beberapa pekerja MPS turut datang membantu.
Peter Thien, Pengerusi Komiti Harta Benda, Membaik-pulih dan Pengurusan Paroki, Sylvester Ho, Penyelia Pejabat Paroki dan John Baptis selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki datang membantu bersama umat yang lain.
Peter Thien (baju kelabu) bersama dengan petugas Majlis Perbandaran Sandakan
Celestina Undalis, staf Pejabat Paroki yang turut menyertai gotong-royong tersebut memberitahu perasaan beliau amat sedih, takut melihat kejadian yang menimpa Katedral St. Mary dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera.
Gotong-royong selesai kira-kira jam 5.00 petang.
Soccom Paroki
Teks: Airene
Gambar: Bell/S.Ho