“Todays Voice Tomorrow’s Future” adalah tema yang dipilih oleh tim pelaksana Voice Out Camp (VOC) yang telah diadakan di St Jude, Semporna pada 11-13 Mac 2011 yang lalu. Kem ini adalah lanjutan konsultasi belia (Speak Camp) yang telah diadakan di Tawau pada 24-26 September 2010 yang lalu dan merupakan program di bawah Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Diosis Sandakan.
Objektif kem adalah untuk mendengar suara belia dan mengetahui keperluan belia di St Jude, Semporna agar dapat direkod dan seterusnya merangka program/aktiviti belia pada masa akan datang sesuai dengan tujuan konsultasi di peringkat Paroki dan Diosis.
Peserta-peserta kem lebih kurang seramai 50 orang termasuklah 3 orang belia dari Pegagau dan 8 orang dari St Peter, Kunak.
Sesi suaikenal |
Pengisian malam pertama kem antaranya adalah taklimat tentang tujuan kem diadakan, peraturan-peraturan semasa kem, aktiviti “ice-breaking” dan diakhiri dengan renungan pembacaan petikan dari alkitab dan doa malam.
Sesi konsultasi dimulakan dengan Sesi 1 “Realiti Belia” yang dikendalikan oleh saudari Esther selaku tim pelaksana. Pengenalan sesi dibuat untuk membantu setiap peserta mengenai gambaran sebenar realiti kehidupan belia masa kini dalam pelbagai aspek seperti realiti di dalam keluarga, masyarakat dan rohani seseorang belia. Seterusnya, soalan “Apakah realiti belia di St Jude, Semporna/St Peter, Kunak?” dibincang dan dikongsi dalam setiap kumpulan yang telah dibahagikan mengikut peringkat umur dari 13-15, 16-18, 19-21 dan 22 tahun ke atas.
Setelah berbincang mengikut kumpulan masing-masing selama 45 minit, setiap ketua kumpulan dijemput membuat pembentangan. Pada mulanya, keberanian untuk bercakap di hadapan rakan-rakan yang lain merupakan cabaran terbesar setiap kumpulan. Akan tetapi, setelah melalui sesi yang seterusnya iaitu Sesi 2 “Ciri-ciri Belia”, mereka semakin selesa dan berani untuk tampil memberi pembentangan. Dalam pengenalan sesi ke 2 yang disampaikan oleh saudari Felsa, para peserta diberi gambaran tentang ciri-ciri seseorang belia yang mengalami perubahan dan perkembangan yang dapat dilihat dari segi luaran dan dalaman.
Sesi yang ke 3 iaitu “Cabaran-cabaran Belia” disampaikan oleh saudara Herry yang menerangkan sebahagian dari cabaran-cabaran/masalah-masalah belia yang telah dialami oleh kebanyakan belia dalam pelbagai situasi seperti cabaran di dalam keluarga, rakan-rakan, sekolah, tempat kerja dan lain-lain.
“Tonight’s dream,Tomorrow’s memory” menjadi pilihan tema malam terakhir VOC
Setelah melalui sesi-sesi konsultasi pada sebelah siang, para peserta berkumpul dan makan bersama serta bermain dalam beberapa permainan yang telah disediakan pada malam terakhir kem VOC
antara permainan pada malam tersebut
Sesi terakhir merupakan sesi dialog di antara wakil-wakil pemimpin dan para belia di St Jude. Panel-panel gereja yang diwakili oleh pihak gereja adalah Sdra Dennis (MPP Semporna), Sdra Dominggo (MPP HTC Tawau), Sdra Francis Kamuntah (Koordinator Outstasi), Sdri Julita (Family Life Tawau), Sdri Felsa (Pengerusi Belia HTC Tawau) dan Sdra Alen (Kordinator Belia Semporna). Sesi dialog selama 1 jam tersebut memberi kesempatan untuk para peserta dan juga ajk pelaksana untuk bertanyakan soalan tentang gereja, pelayanan dan juga iman katolik kepada panel-panel yang mewakili pihak gereja.
lagu “Kasih Yesus” menjadi lagu penutup kem VOC
Kem berakhir jam 12.30 dengan upacara pemotongan kek sempena ulangtahun Gereja St Jude yang ke-6.
Felsa May
SOCCOM
Tawau
SOCCOM
Tawau