Salib Belia tiba di Chapel Felda |
LAHAD DATU: Sepanjang lima minggu Salib Belia dan Ikon Bunda Maria berada di Paroki St. Dominic Lahad Datu dan outstasi telah memperbaharui iman dan kerohanian ramai umat Katolik terutamanya belia melalui renungan semula tentang ‘Rencana Penyelamatan Allah terhadap manusia’ melalui katekisis.
2000 tahun dahulu sebuah peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan iaitu penyaliban Yesus Kristus semasa pemerintahan Pontius Pilatus sebagai Gabenor Romawi di Pelastina disaksikan oleh ribuan rakyat. Namun yang paling penting sekali ialah tersirat misteri-misteri penyaliban yang ada hubung kait dengan Rencana Penyelamatan Allah yang membebaskan manusia dari ‘dosa asal’ dan ‘kejahatan manusia’ serta menyegarkan semula hak manusia yang dibentuk serupa gambar Allah. Kitab Kejadian. 1:26 – 27 Berfirmanlah Allah: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.” Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.
Manusia Adam dan Hawa telah jatuh ke dalam dosa. Allah menjanjikan penyelamatan. Beberapa Perjanjian antara Allah dan manusia adalah merupakan ajakan Tuhan terhadap manusia kembali kepada Allah.
Akhir sekali Tuhan Yesus Kristus memperbaharui ‘Perjanjian Damai’ di antara Allah dan manusia (imej Allah) melalui ‘Perjamuan Tuhan’. Perjanjian Baru ini dimeterai oleh Darah Anak Domba Allah iaitu Yesus Kristus sendiri di kayu salib.
Melalui katekisis manusia sekali lagi disedarkan oleh tanggungjawab awal manusia iaitu menjaga Taman Allah iaitu udara, laut dan darat, beranak cucu dan memenuhi bumi ini serta menjelajah hingga ke hujung dunia.
Namun tidak dapat dinafikan kerosakan sistem budaya murni (rohani, budaya, sosial dan ekonomi) kerana akibat dosa dan kejahatan manusia sedangkan misi dan visi Allah belum sempurna. Maka Salib Belia sekali lagi beredar berseru mencabar belia Katolik untuk pembaharuan komitmen.
Manusia yang percaya dengan recycle kehidupan ini melalui Yesus Kristus dan ingin memulakan proses kehidupan baru hendaklah melalui penerimaan Sakramen (yang terbahagi kepada tujuh iaitu: Pembaptisan, Penguatan, Penyambutan, Imamat, Perkahwinan, Pengakuan dan pengurapan sakit). Upacara ini hanya dilakukan melalui imam Gereja Katolik bagi pihak Kristus secara konkrit.
Sebab itu Salib Belia sangat bermakna dan amat berkesan kepada belia yang bermasalah untuk memulakan hidup baru.

Salib Belia berada di Gereja St Peter, Kunak |
Pelbagai program telah disediakan oleh para belia dari outstasi ini, antaranya adalah saat teduh, doa rosari, penghormatan salib dan sebagainya. Kerasulan Belia Paroki beserta para belia telah bersama-sama menghantar Salib Belia tersebut untuk dikongsikan bersama dengan umat di outstasi.
Salib Belia di Chapel Our Lady of Pilar, Silam |
Di antara outstasi yang dilawati ialah:
- Felda (19 Jun 2011),
- Tungku (22 Jun 2011),
- Kunak (26 Jun 2011),
- Madai (29 Jun 2011),
- Silam/Tampinau (2 Jul 2011),
- Pontian Fico(9 Jul 2011) dan
- Jeroco (10 Jul 2011).
Salib Belia di Stasi Pontian Fico |
Kehadiran Salib Belia dan Ikon Bunda Maria ini di semua outstasi membuatkan ramai umat bebagai usia merasa tersentuh. Mesej yang dibawa oleh Salib ini sangat laur biasa. Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih diterima oleh KBP Lahad Datu kerana sanggup berjalan jauh untuk menghantar Salib Belia ini ke tempat mereka.
Salib Belia berada di Chapel St John Jeroco |
Salib Belia dan ikon Bonda Maria ini telah dikongsikan kepada semua umat di Paroki Lahad Datu dan outstasi. Sepanjang Salib berada di Lahad Datu, kehadiran Yesus Kristus benar-benar terasa. Diharap kita sebagai umatnya dapat berakar dan dibangun dalam DIA, teguh dalam iman. Amin.
Soccom St Dominic L Datu