Ketibaan rombongan Belia Katedral St. Mary, Sandakan
Menurunkan Salib Belia SYD-3
Salib Belia SYD-3 dan Ikon Bonda Maria diarak dari luar gereja
TELUPID – Salib Belia SYD-3 akhirnya tiba pada 7hb Ogos 2011 di Paroki St. Martin, Telupid sebagai destinasi terakhir dalam Keuskupan Sandakan sebelum dihantar ke St. Pius, Bundu Tuhan (Keuskupan Agung Kota Kinabalu) pada 27hb Ogos 2011.
Fr. Jasery menyambut rombongan dari Sandakan
Rombongan dari Katedral St. Mary, Sandakan yang tiba seawal 8 pagi di perkarangan St. Martin, disambut oleh Tim Pelayan Belia Paroki (TPB) dan umat lebih kurang 300 orang yang turut sama-sama merayakan Misa Kudus.
Belia St. Martin mengarak Salib masuk ke dalam gereja
Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah diserahkan oleh Kordinator TBP Katedral St. Mary, Airene Gumanas kepada Kordinator TPB Paroki Telupid, Hildy @ Boy Albert dan disaksikan oleh Paderi Paroki, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel.
Kumpulan Pemain Gong
Upacara penyerahan dan penerimaan Salib
Perarakan yang bermula dari luar gereja itu diiringi oleh paluan gong berentak suku kaum Labuk di luar gereja telah menyemarakkan acara sambutan penuh tradisi ini.
Belia St Martin mengarak Salib masuk ke dalam Gereja
Salib Belia SYD-3 akan berada di Paroki St Martin, Telupid
dari 7hb hingga 27hb Ogos 2011
Dalam homili, Fr. Jasery mengingatkan umat bahawa Salib ini bukan hanya ditujukan kepada para belia tetapi kepada semua orang yang mengenal Kristus.
Seminarian Milter Mario membacakan Injil
“Salib ini merupakan lambang ‘penderitaan Kristus’- yang disalibkan atas dosa manusia dan juga ‘kemenangan Kristus’- yang bangkit mengalahkan alam maut”, jelasnya.
Seterusnya Fr. Jasery mengajak umat untuk mendekati Salib dan Ikon Bonda Maria semasa berada selama 20 hari di gereja ini.
Menurut Ariene ketika memberi sebahagian kesaksian ketika bersama dengan Salib dan Ikon Bonda Maria ini berkata, bahawa banyak mukjizat dirasai selain rintangan dihadapi para belia. Namun, berkat doa serta persediaan yang rapi dari segi rohani semua belia dapat melalui dengan hati terbuka.
Hildy Albert
Hildy juga turut berkongsi pengalaman di mana para belia paroki telah membuat persediaan rapi terutama dari segi rohani selama dua hari untuk menyambut Salib ini.
-SOCCOM SMT-