Disediakan oleh:
Anna Teresa Peter Amandus
Gambar diambil oleh Claire Andrew
St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan – Pada 5 hb Ogos yang lalu buat pertama kalinya Salib Belia dan Ikon Bonda Maria disambut meriah oleh belia-belia dan umat St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan, kira-kira 200 km dari Sandakan. Kapela St Francis dari Asisi merupakan destinasi terakhir bagi Paroki Katedral St Mary, Sandakan sebelum ianya dihantar ke Paroki St Martin, Telupid pada 7 Ogos 2011.
Local Organizing Team (LOT) Sabah Youth Day -3 bagi Misi Paitan telah terlebih dahulu membuat promosi SYD – 3 pada 4 sehingga 7 Julai 2011 yang lalu di Kapela St Francis dari Asisi, Sukang dan Kapela St Clare, Dalamas.
Lawatan sekali lagi diadakan pada 18 sehingga 21 Julai 2011 di Kapela St Francis dari Asisi, Sukang dan Kapela St Clare, Dalamas. Dalam lawatan kali ini LOT SYD -3 lebih memberi tumpuan pada persiapan rohani belia di mana tayangan video “Passion of Christ” dipertontonkan dan penghormatan salib diadakan. Selain itu persiapan untuk penyambutan Salib belia dan Ikon Bonda Maria juga turut dilakukan.
Persiapan rohani di Kapela St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan 
Bersama-sama membuat banner SYD – 3 di St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan 
Persiapan Rohani di Kapela St Clare, Dalamas Paitan
Pada 1 sehingga 4 Ogos 2011, LOT SYD-3 bagi Misi Paitan yang terdiri daripada Anna Teresa Peter Amandus, Claire Andrew dan Antonius @ Mokok telah berganding bahu untuk sekali lagi datang ke Kapela St Francis dari Asisi, Sukang bagi mempersiapkan belia-belia secara rohani sebelum Salib Belia dan Ikon Bonda Maria tiba.
Persiapan dimulakan dengan sesi Mengenal Diri, kemudian sesi Sejarah Penyelamatan, Sesi Salib dan Belia, Para-Liturgi dan dikuti dengan sesi Keluarga dan Komuniti Saya. Sesi seumpama ini sangat penting untuk lebih memahami makna penyambutan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria. Melalui sesi – sesi ini belia-belia lebih terbuka dan iman mereka telah membawa mereka merasakan kehadiran Yesus dalam diri mereka. Sesi kemuncak adalah “Membasuh kaki” di mana belia-belia dijemput untuk buat renungan mengenai Yesus seorang Raja yang mempunyai hati seorang hamba, rendah diri dan seorang yang mengampuni. 
Selain itu belia-belia juga dipersiapkan dalam Triduum selama tiga malam berdoa untuk kejayaan penyambutan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria. 
Sesi 1: Mengenal Diri
Sesi 2: Sejarah Penyelamatan 
Sesi 3: Salib dan Belia
Sesi 4: Para-Liturgi
Sesi 5 dan 6: Keluarga dan Komuniti Saya
Persiapan sehari sebelum acara perayaan sambutan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria
Sesi kemuncak dalam persiapan Rohani adalah “membasuh Kaki” 
Belia mengambil kesempatan untuk membuat perdamaian dengan ibu dan bapa
Membasuh kaki adalah bermaksud ‘Ekaristi hidup’ atau ‘Krisma sedang bekerja’ dalam diri seseorang. Kaki adalah simbol perlaksanaan atau arah tuju rencana hati. Ia adalah merupakan ‘motto’ Bapa Uskup Sandakan. Melayani Sesama Dengan kasih Allah. Membasuh kaki juga adalah simbol kerendahan hati dan perdamaian. Upacara ini dilakukan sendiri oleh Tuhan Yesus ke atas para Rasul-Nya selepas Perjamuan Tuhan dan menjadi ibadat bagi umat Kristian hari ini.
Membaca kembali Sabda Tuhan di tengah pertemuan akan menghadirkan Yesus 
(Mt 18: 20) 
Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Hari yang bertarikh 5 Ogos 2011 tarikh yang bersejarah buat semua umat St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan dan umat dari kampung-kampung yang berdekatan menyambut ketibaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria buat pertama kalinya. 
Upacara perarakan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dilakukan oleh belia-belia dari Our Lady of Fatima, Beluran sementara upacara sambutan mesra dan bersemangat oleh belia-belia serta umat St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan ke Kapela dengan iringan tarian ‘Mengalai’.
Rombongan belia-belia Our Lady of Fatima, Beluran diketuai oleh Saudara Andy Borine Tingadon
Salib Belia dan Ikon Bonda Maria disambut dengan tarian tradisional orang Sungai “Mengalai”. Rev. Fr Philip Muji selebran Misa Kudus penyambutan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria
Ucapan dari Ketua Belia St Francis, Sdr. Jasman Eling, diikuti dengan Ketua Belia OLOF, Sdr Andy Borine, Katekis Paitan, Sdr Peter Saimin dan ucapan dari Fr Philip Muji Sesi penghormatan Salib oleh belia dan umat yang hadir
Rev. Fr Philip Muji dalam homilinya menekan tiga aspek utama iaitu, budaya menyembah Tuhan, pembentukan iman yang berterusan dan tanggungjawab sosial.
Selepas Misa Kudus sesi penghormatan salib diadakan untuk umat yang hadir. Acara diteruskan dengan sesi Komuni di mana beberapa belia dari Our Lady of Fatima, Beluran dan St Francis dari Asisi, Sukang berkongsi pengalaman mereka bersama Salib Belia dan Ikon Bonda Maria. Acara disusuli dengan sesi Katekisis “Melihat Yesus tanpa melihatNya” yang disampaikan oleh Rev. Fr Philip Muji.

Sesi santai sesama belia
Sejurus selepas makan malam, acara santai bersama belia dari kedua-dua gereja diadakan termasuk menyanyi dan ‘games’. Walaupun dalam masa yang singkat namun persahabatan telah dapat dijalinkan. Semuanya tidak mustahil kerana DIA yang sentiasa menjadikan sesuatu perkara itu tidak mustahil. Lawatan Yesus dan Bonda Maria buat pertama kalinya di Sukang telah memberkati umat Paitan dan menjadi suatu memori yang akan berakar selamanya dalam hati belia-belia St Francis dari Asisi, Sukang Sugut, Paitan.
Sesi gambar santai 
Gambar kenang-kenangan bersama belia OLOF dan Fr Philip Muji
Program berakhir dengan doa dan penghormatan salib oleh belia-belia dari Our Lady of Fatima, Beluran. Namun demikian bagi belia-belia di St Francis dari Asisi, Sukang, mereka meneruskan dengan saat bersama Yesus dan Bonda Maria secara bergilir-gilir. Mereka tidak pernah meninggalkan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria sepanjang ianya berada di Kapela.
Pada 6 Ogos 2011 Misa Pengutusan yang bertemakan “Go Forth with Burning Heart” diadakan sebelum LOT SYD – 3 –Misi Paitan membawa perjalanan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria seterusnya menuju ke kawasan Telupid. Rev. Fr Philip Muji dalam homilinya menyatakan mengenai kesetiaan. Seperti Bonda Maria yang setia di sisi Yesus sejak Dia mengatakan ‘YA’ sehinggalah Yesus mati di kayu salib. 
Anna Teresa juga menyatakan harapannya agar semangat itu harus berterusan dan disebarkan. Walaupun Salib Belia dan Ikon Bonda Maria sudah tidak ada tapi Roh Kudus Yesus Kristus tetap bersama – sama sejak dahulu, sekarang dan sampai selama-lamanya (Yud 1: 25). Hadirkan DIA melalui menghidupi ‘Firman Allah’ dan menghadiri ‘Perayaan Ekaristi.’
Sungguh nyata sekali Yesus hadir walaupun tidak melihatNya!
Penghormatan terakhir sebelum Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dibawa ke St. Martin, Telupid
LOT SYD-3 Misi Paitan
Antonius @ Mokok, Anna Teresa dan Claire Andrew
“SalibMu t’lah mengajar, mengerjakan, k’slamatan yang besar bagiku, 
ku berdiri menyaksikan, KAU setia dan hidup dalam ku”