Sandakan : Katedral St Mary Sandakan mengadakan Bazaar Paroki untuk menjana dana bagi ‘Diocesan Pastoral cum Worship Centre’ pada Ahad, 7 Ogos lalu bertempat di Dewan Paroki St. Mary. 
Diocesan Pastoral cum Worship Centre dalam proses pembinaan

Terlebih dahulu Misa Kudus Gabungan Bahasa Cina dan Malaysia diadakan seawal 7:00 pagi telah diselebrankan oleh Paderi Paroki Fr Thomas Makajil. Dalam homilinya, Fr Thomas mengucapkan kesyukuran atas budaya kerohanian umat Katolik yang pemurah suka memberi sokongan padu kepada apa juga program Paroki seperti bazaar. Umat awamlah yang bergerak untuk pembangunan material dan pelayanan Gereja. Umat awamlah yang berperanan  merealisasikan misi gereja partisipatif. 

Bazaar telah dirasmikan oleh Fr Thomas dengan diiringi oleh Pengerusi Penganjur Bazaar Paroki iaitu David Chung. Terdapat 42 buah gerai yang menjual pelbagai juadah makanan dan minuman, menawarkan pelbagai permainan, hasil pertanian serta pokok-pokok bunga.

Penjualan kupon-kupon bazaar telah dijual seawal bulan Jun 2011 yang mana telah diedar di seluruh Paroki Sandakan termasuk outstasi. 


Jualan bazaar bermula pada 8:00 pagi hingga 3:00 petang ini telah berjaya menarik hampir 2,000 pengunjung dan jualan pada hari tersebut habis dijual.
Sdr. Andrew Onggip

“Usaha sebegini pada pendapat saya amat baik kerana aktiviti Bazaar bukan sahaja dapat memeriahkan suasana tetapi secara tidak langsung mampu mempereratkan umat daripada pelbagai komuniti demi kebaikan umum gereja”, kata Sdra Andrew Onggip pengusaha gerai ‘sinalau bakas dari KKD Taman Indah Jaya.

Gerai KKD Indah Jaya mulakan penjualan dengan doa


Pada akhir bazaar, setiap komiti yang terlibat dalam bazaar ini masing-masing mengira hasil jualan kupon dan sasaran kutipan sebanyak RM100,000.00 telah berjaya dicapai.

Syukur dan puji Tuhan!

AAG, Soccom Paroki Katedral St. Mary, Sandakan