Sandakan “I Am Special” yang dijalankan pada 25 Ogos 2011 di Katedral St. Mary, Sandakan menjadi satu suntikan baru untuk belia untuk terus menghargai dan menyayangi diri sendiri.
Terlebih dahulu aktiviti dimulakan dengan menghadiri Saat Teduh selama satu jam di Katedral. Masa ini adalah untuk berdiam dan merenung kembali hubungan peribadi bersama Yesus agar diri sendiri diteguhkan dengan mendengar Sabda Tuhan dan homili yang disampaikan oleh Fr. Phillip, selain menghadiri Misa Kudus.
Lawatan Kerasulan Belia Keuskupan kali ini yang bertemakan “I Am Special” dikendalikan oleh oleh Anna Teresa Peter Amandus serta dibantu oleh Sr Lilian FSIC, Sarah dan Airene.
Jumlah yang hadir tidak menjadi penghalang untuk Tim PYA Sandakan mengadakan aktiviti ini malah ianya menjadi satu kelebihan kerana melalui partisipasi peserta yang hadir, adanya ‘kualiti’, interaksi antara sesama dan komunikasi dapat disampai dengan jelas.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti “Journey to the life tunnel”, “I am Special Because…” dan “Celebrate Our Specialty As Who We Are”. Rata-rata peserta yang hadir dalam aktiviti-aktiviti tersebut merasakan sentuhan kasih Tuhan, mendapat pengalaman baru serta disegarkan kembali melalui sesi perkongsian.

“Melalui sesi-sesi yang telah disediakan, membuatkan saya terfikir, ‘Am I still relevant to the youth?’ Dari dulu sampai sekarang, saya masih bersama-sama dengan belia. Saya percaya Tuhan itu ada misi mengapa saya masih bersama dengan belia sehingga hari ini” – Sr. Lilian Unsoh FSIC
“Satu pengalaman baru bagi saya. Aktiviti yang dijalankan tidak seperti yang saya jangkakan” Maria Lourdes Dy
“Pengalaman hidup secara tidak langsung terkait dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Terasa Tuhan hadir dalam hidup saya dan tidak pernah meninggalkan saya di masa susah dan senang” – Airene
Sesi diakhiri dengan lagu pujian, doa penutup dan bergambar beramai-ramai.
SMCat Soccom Paroki, AAG