PAITAN MISSION. Buat pertama kalinya umat Katolik Paitan merayakan ulangtahun ke-33 pentahbisan Rev. Fr. Thomas Makajil sebagai paderi bertempat di St. Clarie, Kg. Dalamas dan di St. Francis Asissi, Kg. Koiboton Sukang, Paitan sempena lawatan pastoralnya baru-baru ini.
Fr. Thomas bersama kanak-kanak Katolik Paitan dan para pemimpin agama Katolik Paitan.
Sambutan anniversari yang ke 33 tahun  Fr. Thomas Makajil sebagai paderi dirayakan bersama  penduduk Katolik Kg. Dalamas, Paitan dengan pukulan gong mengiringi tari-tarian tempatan.
Seperti biasa setiap lawatan pastoral Fr Thomas Makajil dimulakan dengan perayaan Ekaristi.

Sebelum majlis anniversari, umat Katolik terlebih dahulu menyertai ibadat Misa Kudus.  Fr. Thomas dalam homilinya mengajak umat berusaha mengembangkan ‘talenta’ pemberian Tuhan dan mengongsikan juga kepada orang lain.


Lawatan pastoral pada 14 -16 November 2011 di empat buah Chapel iaitu St. Francis Sukang, St. Clare Dalamas, Kampung Tawanan dan Rakanan telah disertai oleh dua orang doktor dari Sandakan iaitu Dr. Francis Chung dan Dr. Hendry Ong berserta rombongan. Dr Chung dan Dr Ong terlibat dalam pelayanan membantu penduduk kampung dengan memberi rawatan kesihatan dan rawatan pergigian. Turut serta bersama ialah beberapa ahli Kerasulan Wanita Katolik (CWA), Secular Franciscan Order (SFO) dan juga belia-beliawanis dari Sandakan. 

Kelihatan gambar di atas para sukarelawan sedang melayani dan  gambar kenangan Claire Andrew mewakili Belia Katolik, Dr. Henry, Fr. Thomas, Katekis Dominic dan Dr. Francis 
Suasana majlis selepas ibadat
Dalam setiap lawatan pastoral, kehadiran umat  ke Misa Kudus sentiasa memberangsangkan dengan jumlah hampir 100 orang. Mereka bukan sahaja dari chapel setempat yang dilawati malah dari chapel-chapel yang berdekatan. 

Misa Kudus di Chapel St. Francis Asissi Kg. Koiboton, Sukang, Paitan 
Suatu upacara penyampaian cenderakenangan di Chapel St. Francis Asissi Kg. Koiboton, Sukang, Paitan berupa penghargaan dan terima kasih kepada para sukarelawan
Album kenangan Fr. Thomas Makajil bersama dengan umat Katolik St.Francis Asissi sempena perayaan anniversari.

Fr. Thomas dalam homilinya di Chapel St Francis Asissi berkata, “Kita perlu menggunakan bakat-bakat dan kebolehan yang dianugerahkan Tuhan dengan penuh tanggungjawab demi kemuliaan nama Tuhan bagi kebaikan bersama dan berjalan bersama serta mengongsikan iman di dalam keluarga dan kepada orang lain.”


“Berdoalah juga untuk panggilan-panggilan khusus seperti paderi dan juga religius terutamanya dari tempat sendiri”, tambah beliau lagi.

Selesai sahaja Misa Kudus, majlis ulang tahun pentahbisan Fr. Thomas yang ke-33 dirayakan secara “potluck” oleh penduduk Katolik Paitan. Majlis ini mulakan dengan upacara pemotongan kek dan diserikan dengan persembahan kebudayaan kaum Sungai. Majlis ini disambut secara sederhana namun meriah.


SOCCOM Katedral St. Mary
Foto oleh PC