Oleh: Juliana Hendrikus; Gambar: Shirley Yong
Rev. Fr. Marcellinus Pongking Pembantu Paderi Paroki St. Dominic Lahad Datu menyampaikan amanat penting kepada Karolers 
Adven adalah ‘masa penantian’ ketibaan Juruselamat ke dunia menurut kalender Liturgi bagi Gereja Katolik di seluruh dunia. Setiap tahun bila tiba musim adven para karolers akan berkumpul dalam Perayaan Misa Kudus Pengutusan oleh Gereja pergi melawat ke seluruh keluarga dengan mewartakan kedatangan Kristus dalam bentuk bacaan Firman Tuhan, Nyanyian dan doa. Dalam masa empat minggu Adven umat Katolik diseru untuk mengadakan persiapan pribadi menyambut ketibaan Juruselamat yang dinubuatkan oleh para nabi Israel dalam Kitab Perjanjian Lama.
Bagi umat Katolik paroki Lahad Datu, karolers telah diutus dalam minggu kedua adven iaitu pada 4 Disember oleh Rev Fr Marcellinus Pongking. Para karolers adalah pembawa mesej Malaikat Gabriel yang menyampaikan khabar kepada Perawan Maria, Seruan oleh Yohanes Pembaptis, Perjalanan Tiga Raja dari Timur  menyembah bayi Yesus dan mengulangi bacaan-bacaan dari kitab nubuat yang meramalkan tentang kelahiran Kristus yang disampaikan oleh para nabi. Lawatan Karolers memberi kesegaran semula kepada umat Katolik.
Budaya Suci ini telah menjadi Tradisi kepada umat Katolik sejak Gereja awal lagi, ia adalah merupakan Liturgi Tahunan umat Katolik seluruh dunia. Para Karolers dianggotai oleh Komuniti Kristian yang terdiri kanak-kanak, remaja dan orang dewasa tanpa mengira peringkat umur.
Paderi mengutus karolers dengan air berkat pergi mewartakan khabar gembira tentang kedatangan Juruselamat di setiap keluarga.