George Lawadin @ Bellyok @ Brother Bell – Tim Kerasulan Belia Keuskupan, Sandakan.

Youth Leader’s Camp (YLC) 2012 adalah antara anjuran yang terbaik pernah saya ikuti selama ini. YLC 2012 sangat kaya dengan input rohani, pembinaan tim dan kepimpinan.
Esther Albert  – Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau
Saya datang di kem ini, unpreprared dan banyak struggles serta gangguan. Tapi saya mesti attend kem ini kerana saya dapat rasa ada yang ingin disampaikan oleh Tuhan kepada saya. Ternyata benar sekali, saya secara berterusan disentuh Roh Kudus lewat semua aktiviti – aktiviti dalam kem ini.

Kenyataan ‘Kitalah pembina Kerajaan Allah‘ ini bukan sesuatu yang asing bagi saya, akan tetapi mungkin selama ini dia kurang umph!. Ini kali ia memberi kesan yang sangat mendalam sekali dihati saya. Saya dikuatkan untuk terus berjalan dalam pelayanan ini dan saya mendapat pengetahuan baru melalui sesi -sesi Saudara Theodolfo dan Uncle Francis Tan. Input sebeginilah yang saya perlukan sebab saya seorang thinker dan planner. Saya bersyukur kepada Tuhan atas apa yang telah saya lalui dalam kem ini. My way forward is to implement my Personal Development Plan (PDP.

Darcy Jamih – Tim Kerasulan Belia Katolik, St Paul, Ulu Dusun, Sandakan

I met great leaders from other parishes. They taught me how to lead and how to walk together as a team.

I have learned various ways of praying. Another thing that I’ve learned is Praise and Worship. I will try to be brave in leading Praise and Worship in my own place.

For me LEADERSHIP is not about how far we walk with our team to the path that we decide alone. It is how far we can walk TOGETHER with our team and go through that road.

YES!, I am ready but I hope, I can be a good leader to others. Before that I should learn to lead myself and it takes time.

Noami Francis – Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana membuka jalan untuk saya menyertai YLC walaupun dalam kesibukan bekerja. Saya merasakan kasih Tuhan bekerja melalui persahabatan antara belia-belia daripada paroki yang berbeza-beza. YLC ini memberi harapan kepada saya untuk berubah dan keluar dari kepompong yang lama dan bersedia menjadi ‘Rama – Rama’ yang lebih cantik iaitu seorang pemimpin belia yang berkomited, berpengetahuan dan mempunyai skil kepimpinan yang berkesan. Saya mempelajari satu formula yang penting iaitu: “TAKUT AKAN ALLAH”…. Amen!

Gilard Palipus dan Sloane Styne Joseph – Tim Kerasulan belia Paroki St Martin, Telupid

Gilard Palipus:
Saya dapat mempelajari cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya juga mempelajari cara-cara baru untuk berdoa. Bagaimana akan saya aplikasikan pembelajaran ini?
“TURUN PADANG!”

Sloane Styne Joseph:
Pengalaman yang penting saya perolehi dari YLC ini adalah mendalami lagi maksud kepimpinan dalam pelayanan. Pengalaman ini telah memberi saya inspirasi dan input yang berguna untuk diri saya dan juga untuk pelayanan saya. Satu persoalan yang saya dapat iaitu “Am I ready?”, Saya akan menyatakan dengan semangat yang berkobar untuk melayani Tuhan:
“I AM READY!”

Arnoldus Hendirkus – Tim Kerasulan Belia St Dominc, Lahad Datu

Sepanjang saya mengikuti kem ini, saya dapat:

1. Tujuan Pelayanan saya yang jelas.
2. Lebih mengenali dan menyayang diri saya.
3. Keyakinan yang teguh.
4. Berdamai dengan Tuhan dan diri saya.
5. Mengetahui maksud ‘LEADERSHIP’.
6. Lebih ramai kawan – kawan.

Andreas Kenuka – Tim Kerasulan Belia Katolik St Mark/Peter, Sandakan
 Saya dapat belajar cara-cara kepimpinan dan sesi-sesi yang disampaikan boleh mengubah hidup saya untuk lebih dekat dengan Tuhan dan sesama. Saya juga belajar berdoa dengan betul dan belajar untuk mendalami doa-doa yang ingin kita bawa.

Michelle Cornelius – Tim Penganjur YLC 2012 & Tim Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan

I have realized that God called me to be one of His servant and take the challenge to be a leader among His people. If it is not me, who, then will take up that challenge? I’m so grateful for all the opportunities that HE gave and it is truly a gift for me. I am able to see now that nothing can turn down God’s plan.

I will take Jesus as my role model to be a great leader. HE had shown me how wonderful it is to take His call and say, “YES! I AM READY!”.

Roynner Patrick Assang, Claire Andrew, Amado Degullacion, Marcel Jamuin, Elmer Adonis – Tim Penganjur Youth Leader’s Camp 2012 & Tim Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary Sandakan

 Roynner Patrick Assang:

Saya dapat mempelajari bagaimana untuk mempercayai ahli tim saya untuk melakukan sesuatu aktiviti. Saya juga faham apa itu pelayanan. Sesi yang benar-benar memberi impak kepada saya adalah Team Building kerana saya betul-betul ingin mempelajari tentang tim dan bagaimana mengendalikan tim dan pada masa yang sama menjadi pemimpin yang baik.

 Claire Andrew:
Pengalaman penting yang saya perolehi dari YLC adalah membuat kerja amal dalam pelayanan belia, penyesuaian diri dengan para belia yang lain, membina hubungan antara sesama. Perkara baru yang saya pelajari dalam YLC adalah Personal Development Plan dan Doa Taize.

 Amado Degullacion:

Saya dapat mengongsikan idea, masalah, cadangan dengan belia dari paroki lain. Ini merupakan pengalaman saya yang hebat iaitu berkumpul bersama dengan semua pemimpin – pemimpin belia Diosis Sandakan.

Marcel Jamuin:

Dalam sesi Personal Development Plan (PDP), saya dapat merancang sesuatu yang saya ingin dan perlu buat dalam masa satu tahun. Berdasarkan PDP, saya juga boleh membuat tema peribadi dan mengaitkannya dengan ayat – ayat dari Alkitab. Saya akan mengaplikasikan pembelajaran saya dengan menulis matlamat saya dan membacanya kembali setiap dua bulan dan membuat renungan peribadi.

 Elmer Adonis:

Tuhan perlukan saya untuk menjadi tangan dan kakinya. Saya perlu keluar dari zon nyaman dan pergi ke suatu tempat yang ‘tidak selesa’ (Melakukan penjangkauan). Antara sesi-sesi yang disampaikan sesi – sesi berikut telah memberikan impak terhadap diri saya:
1. Keseimbangan – Jangan mengantikan Yesus dengan ‘Mamon’.
2. Personal Development Plan (PDP – Dapat memperbaiki kelemahan diri.
3. Leadership: Jesus’ Spirituality – REACH OUT!