Soccom SMT
TELUPID – Bapa Uskup Julius Dusin Gitom bersama beberapa ahli Majlis Pastoral Paroki, St. Martin Telupid telah menanam 10 pokok Kayu Manis atau dalam nama saintifiknya ‘Cinnamomun Burmannii’ berhampiran rektori pada 6 Mei, lepas.
Aktiviti seumpama ini membawa kita kearah wujudnya perdamaian dengan lingkungan hidup dan alam semesta seperti kata Sri Paus Benedict XVI dalam mesejnya dalam Hari Perdamaian Sedunia 2010, ‘Jika kamu mahu memupuk perdamaian, lindungilah ciptaan Tuhan.’
Aktiviti seumpama ini membawa kita kearah wujudnya perdamaian dengan lingkungan hidup dan alam semesta seperti kata Sri Paus Benedict XVI dalam mesejnya dalam Hari Perdamaian Sedunia 2010, ‘Jika kamu mahu memupuk perdamaian, lindungilah ciptaan Tuhan.’
Kayu manis adalah sejenis pokok yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan. Pada zaman Mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi. Pokok kayu manisboleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.
Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol. Minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa. Satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis. Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. (dipetik dari:http://www.newscientist.com)