Tim Dokumentasi
| PEMIMPIN MUDA TERBUKA MATA, HATI DAN TELINGA…………. |
Sesi ‘Multiple Intelligence’ yang dikendalikan oleh Sdra Patrick Sta Maria pada hari ini adalah bertujuan untuk membentuk pemimpin muda yang mempunyai kemahiran pengetahuan yang pelbagai. Sesi pada hari ini turut menguji semangat berkumpulan dan seterusnya menemukan kebolehan diri yang terpendam.
Pemimpin-pemimpin muda diuji daya kreativiti mereka pada hari ini. Pembelajaran pada hari ini memberikan mesej kepada para belia bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
![]() |
| Julio sedang mengharungi rintangan “spider web” |
Dalam cabaran ini, peserta perlu melalui beberapa stesen untuk sampai ke tanah yang dijanjikan. Antaranya adalah stesen perhambaan , rumpun terbakar, oasis, angin ribut, lembah ular, keadaan buruk dan lautan merah. Setiap stesen menguji setiap peserta untuk menjadikannya diri mereka seorang pemimpin yang lebih baik. Sesi ini mengajar pemimpin muda bahawa hasil bukanlah sesuatu yang penting malahan proses yang dialami adalah lebih penting kerana ia akan membantu membentuk kematangan seseorang itu.
![]() |
| Special Dinner |






