Uskup Julius Dusin Gitom
“Saya percaya dalam pertemuan peribadi kamu dengan Kristus, Dia telah menawan kamu untuk tujuan tertentu – untuk menjadi rasul – rasul muda Yesus. Pertemuan kalian dalam YLC II ini adalah penting yang membuatkan kamu mengambil keputusan untuk membiarkan Kristus tinggal di dalam diri kamu.”
.jpg)
Rev. Fr Thomas Makajil, Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
“Setiap pemimpin mempunyai talentanya sendiri. Gunakan talenta anda itu untuk membantu dalam setiap tugasan yang perlu dalam program belia anda kerana bekerja sebagai satu pasukan dapat memberi impak yang besar. Namun keseimbangan dalam segala aspek harus ada. Kadang – kadang perkara yang dirancang tidak 100% terlaksana kerana Tuhan ada rencanaNya yang lebih baik untuk anda dan kumpulan anda.”
.jpg)
Rev. Fr Simon Kontou, Paderi Paroki St. Dominic, Lahad Datu
“Saya berharap pembentukan iman bagi para pemimpin belia dapat diteruskan. Bukan hanya sekadar menyediakan program bagi belia – belia lain akan tetapi juga program rohani bagi pembentukan iman kamu sendiri. Agar kamu teguh dalam pelayanan dan benar – benar percaya akan iman yang kamu miliki. Sekiranya kamu bergiat aktif dalam program tapi tidak yakin akan iman sendiri, maka keraguan pasti akan timbul dan kamu akan mudah jatuh.”
Rev. Fr Jasery Gabuk, Paderi Paroki St. Martin, Telupid
“Perancangan pastoral yang rapi hanya menjadi impian dan angan – angan kalau kita tidak mahu berubah dan bertindak bernas. Dalam gereja kita selalu ada sinar harapan. Harapan untuk maju dalam pelayanan dan kerohanian, tetapi kita harus fokuskan pelayanan kita kepada Gereja dan Tuhan”




