| Bergambar ramai – ramai di waktu pagi yang ceria |
ULU DUSUN, SANDAKAN – Pada 19 sehingga 21 Julai 2013 yang lalu, setelah sekian lama akhirnya satu program Youth Camp telah diadakan di St Paul, Ulu Dusun. Kem yang bertemakan ‘Belia ooohhhh Belia’ ini telah disertai oleh seramai 50 orang belia berumur diantara 10 sehingga 41 tahun. Ini merupakan inisiatif belia – belia St Paul untuk mengumpulkan kembali belia – belia gereja St. Paul yang sudah tidak aktif dalam pelayanan dan juga mahu membawa belia remaja yang mahu melayani tetapi malu-malu.
Objektif program adalah i) Mengumpul dan mengukuhkan hubungan menerusi persahabatan, perkongsian dan pembelajaran dikalangan belia dan ii) mencari semula, memperbaharui dan menghubungkan semula iman mereka sebagai pelayan Tuhan.
Kem ini juga disertai oleh 15 pemimpin belia dari gereja-gereja yang lain yang juga merupakan peserta YLC yang diadakan pada awal Januari 2013 lalu. Kem ini dijadikan sebagai program susulan bagi mereka untuk membantu dan berjalan bersama dengan para belia yang mengikuti Youth Camp ini.
Program di hari pertama di mulakan dengan pendaftaran dan diikuti dengan Ice Breaking iaitu mengenali rakan – rakan anda melalui aktiviti mencari tag nama.
| Ketibaan para peserta dan pendaftaran |
| Puan Florensia Paulus |
Program diakhiri dengan taklimat ringkas mengenai aktiviti hari esok diikuti dengan doa penutup yang dipimpin oleh Puan Florensia dan doa Taize.
Hari ke dua dimulakan seawal jam 5.00 pagi dengan senaman pagi yang di ketuai oleh saudari Melissa Micheal dan kemudiannya disusuli dengan doa pagi.
| Doa Pagi |
| Senaman Pagi |
| Saudari Audrey Hendrikus memberikan sedikit pengenalan meengenai YLC Club |
| Saudari Anna mengongsikan makna Pelayanan kepada para peserta |
Sesi kemudiannya diteruskan dengan tayangan video bertajuk ‘DUTY’ yang berkenaan dengan pelayanan. Pelayanan adalah satu panggilan dan pemberian yang percuma dari Tuhan. Siapa lagi yang akan melayani kalau bukan mereka yang dipanggil dan mengatakan ‘ya’ kepada panggilan itu. Dalam perjanjian lama dan baru, Tuhan memanggil belia – belia seperti Samuel, David, Ruth, Jeremiah, Yohanes pengikut Yesus, Bonda Maria dan ramai lagi untuk mengerjakan misiNya di dunia. Demikian juga para belia, Tuhan memanggil ramai belia untuk melayani dan dengan harapan belia – belia ini dapat menyahut panggilanNya kerana Gereja memerlukan mereka untuk meneruskan misiNya di dunia ini.
Pada jam 11:00 pagi saudara Wilfred Federick membawa belia dalam satu bengkel. Sesi ini bertujuan untuk memberi ruangan bagi para belia untuk merenung sejauh mana mereka memahami sesi-sesi yang disampaikan. Hasil renungan dan perbincangan mereka adakan dibentangkan melalui lakonan yang kreatif dalam kumpulan.
![]() |
| Bengkel Belia |
Dalam sesi ini para peserta diajak merenung beberapa petikan dalam Alkitab, seperti Matius 9:37-38, Mat 4:23, 24:14, Mazmur 14:1 dan Yeremiah 17:8. Pada dasarnya ‘kesegaran’ itu boleh diperolehi sekiranya ada hubungan intim dengan Yesus kerana ajaranNya adalah khabar gembira yang baik. Kesegaran juga boleh diperolehi melalui pengakuan dosa, berdoa, berkongsi perjalanan iman dengan orang lain malah membantu orang yang susah dan selanjutnya.
Pada sebelah petang para peserta dibawa kepada sesi kerja berkumpulan iaitu Running Man yang dikendalikan oleh saudari Marcella Micheal. Para belia diuji sejauh mana komitmen dan kecekalan mereka dalam aktiviti ini. Selain itu mereka juga diajak untuk merenung kehidupan mereka melalui aktiviti ‘Perjalananan ke Tanah yang dijanjikan’ yang di kendalikan oleh tim fasilitator YLC.
![]() |
| Running Man |
![]() |
| Journey to the Promise Land |
| ‘Saya dan Yesus’ |
| Dosa – dosa yang dipaku pada kayu salib |
| Salam damai antara satu dengan yang lain |
![]() |
| Malam Seribu Kenangan |
| Puan Airene Gumanas, Koordinator Kerasulan Belia Paroki, Katedral St Mary, Sandakan |
Selesai sahaja Misa kudus semua umat termasuk belia mengambil kesempatan untuk mengikuti upacara yang bersejarah buat Gereja St Paul iaitu upacara pecah tanah oleh Bapa Uskup bagi mendirikan Dewan Serbaguna Gereja St. Paul, Ulu Dusun. Sesudah selesai, upacara ini kemudiannya dirayakan bersama umat dalam fellowship bersama-sama.
![]() |
| Upacara Pecah Tanah oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom |
| Saudara George Agustine, Koordinator Tim Kerasulan Belia Katolik, St Paul, Ulu Dusun |
![]() |
| Gabungan tenaga Tim Penganjur Youth Camp dan YLC Tim Fasilitator |
Disediakan oleh,
George Augustine
Youth Camp 2013






