Konvensyen Wanita Katolik Sabah diadakan sekali bagi setiap tiga tahun secara bergilir-gilir di antara ketiga-tiga keuskupan. Tuan rumah pada kali ini adalah Keuskupan Keningau. Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah menjadi tuan rumah yang pertama pada 6hb – 10hb September, 2010 bertempat di Pusat Retret Bundu Tuhan, Ranau.
Pn. Anita Tunggolou dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu adalah selaku Pengasas kepada konvensyen ini. Ia bertujuan untuk memperkembangkan aktiviti kerohanian dan mengukuhkan perpaduan di kalangan wanita Katolik di negeri Sabah.
Konferensi ke – 8 Wanita Katolik Malaysia Timur yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan diadakan pada 25 – 29 Ogos 2014. Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Keuskupan Sandakan akan menganjurkan konferensi tersebut bertemakan ‘Women Of God 2’.
60 orang ahli yang hadir bagi mewakili Keuskupan Sandakan adalah terdiri dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan seramai 18 orang, Paroki St. Dominic, Lahad Datu seramai 11 orang termasuk Sr. M. Sylvia Imbun fsic, Paroki Holy Trinity, Tawau, seramai 5 orang termasuk Sr.M. Liza Gamat fsic dan Paroki St. Martin, Telupid seramai 25 orang.
Konvensyen sepanjang lima hari ini telah dimulakan pada 10hb Ogos, 2013 (Sabtu) dengan Majlis Perasmian. Ia didahului dengan ucapan alu–aluan oleh Pn. Helena Koh disusuli dengan ucapan dan acara perasmian oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Uskup Keuskupan Keningau dengan paluan gong sebanyak dua kali. Seterusnya, acara diikuti dengan pemotongan kek dan juga persembahan pentas dari ketiga-tiga keuskupan.
Hari ke–2 ~ 11hb Ogos, 2013 (Ahad) pada jam 7.00 pagi dimulakan dengan perayaan Ekaristi oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Beliau telah menyampaikan kupasan tema konvensyen ke -2 tersebut.
Sesi ke-3 ~ ceramah disampaikan olen Sdra. John Lainsin bertajuk, “ Peranan Wanita dalam keluarga”.
Pada jam 7.00 malam, sesi Saat Teduh oleh Rev. Fr. Claudius Andrew disertakan dengan sesi pertobatan /pengakuan dosa individu oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, Rev. Fr. Claudius Andrew juga dua lagi paderi dari Keuskupan Keningau.
Hari Ke–3 ~ 12hb Ogos 2013 (Isnin) 7.00 pagi, doa pagi telah dikendalikan oleh Sr.M.Clarice Jomitin fsic.
Sesi ke–4 ~ ceramah disampaikan oleh Sr.M. Patricia Limun fsic bertajuk, “Bagaimana yang dikatakan sebagai Wanita Katolik”.
Sesi ke–5 ~ ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom bertajuk, “ Wanita dan Penginjilan”.
Sesi ke–6 disampaikan olen Rev. Fr. Rudolf Joannes bertajuk, “Cabaran–cabaran yang dihadapi Wanita dan Keluarga dalam Usaha Memantapkan Iman”. Doa Rosari dipimpin oleh Sr. M. Liza Jamat fsic dan Sr.M. Sylvia Imbun fsic dari Keuskupan Sandakan.
Sementara doa tersebut berjalan, pada masa yang sama, mesyuarat di antara ketiga-tiga Pengerusi keuskupan Sabah diadakan yang turut dihadiri oleh Rev. Fr. Claudius Andrew dan Sr. M. Julita Joseph fsic. Mesyuarat bertujuan untuk menetapkan giliran tuan rumah konvensyen seterusnya. Tuan rumah Penganjur Konvensyen ke-3 adalah dari Keuskupan Sandakan pada 2016 dan tema yang telah dipilih oleh Pn. Annie Rokneh Jalani adalah “Wanita Katolik dan Penginjilan”. Mesyuarat akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum konvensyen diadakan.
01-Membantu memantapkan iman dan mengenali identiti sebagai wanita Katolik, memahami tanggungjawab dan menyedari bahawa dalam segala hal harus berpusatkan kepada KRISTUS.
Majlis Penutupan / Malam Kebudayaan diadakan di dataran Keuskupan Keningau disertakan dengan ucapan daripada Yang Termulia Bapa Uskup Agung John Wong. Pennant penganjuran konvensyen telah diserahkan kepada Ketua Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan selaku tuan rumah konvensyen ke–3 pada 2016. Ianya diteruskan dengan acara pemotongan kek juga penyampaian cenderakasih antara pengerusi setiap keuskupan disusuli persembahan tarian tradisi kaum di Sabah. Bagi persembahan KWK keuskupan Sandakan, tarian ‘MENGALAI’ suku kaum Dusun Labuk dipersembahkan oleh KWK dari Paroki St. Martin, Telupid.










































