Neslyn Canoy – St. Dominic, Lahad Datu
Yasinta Dominikus – St. Jude, Semporna
Christina Lasius – St. Paul, Ulu Dusun
![]() |
| (Christina – kiri) |
Shalom, rakan-rakan seiman! Pertama sekali saya ingin mengucap syukur kepada TUHAN ALLAH dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang YLC3. Saya mengikuti YLC-3 ini disebabkan saya tertarik dengan perkataan “LEADERS”. “Bagaimana mahu menjadi seorang pemimpin tidak kira dalam hal pelayanan mahupun hal duniawi?” . Persoalan dalam diri saya telah dijawab di dalam program YLC-3. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman daripada Fr.David Garaman, Bro.Marthin dan Bro.Christopher serta para penceramah yang lain telah membuka hati, mata dan minda saya tentang liku-liku perjalanan hidup tidak kira dalam pelayanan mahupun dalam hal duniawi. Sepanjang program YLC diadakan, aktiviti yang paling memberi kesan kepada diri saya adalah aktiviti masuk terowong yang gelap.
Ketika arahan diberikan untuk menutup mata dengan menggunakan sehelai kain, disitu saya tertanya apa yang perlu dibuat. Kemudian, setiap peserta diarahkan untuk membayangkan keadaan diri bila mana tidak dapat melihat dunia. Dalam keadaan hening, tiba-tiba air mata mengalir dan terus mengalir. Saya mengimbas kembali keadaan hidup saya dengan mata yang dapat melihat dan membandingkan diri saya pada ketika itu dengan mata yang tertutup. Apa pengorbanan yang telah saya lakukan untuk-NYA?. Adakah saya menghargai segala yang telah diberikan oleh-NYA?. Dan bila saat saya dipimpin untuk memasuki lorong tersebut dan memasukinya, airmata sekali lagi membasahi pipiku. Suasana yang gelap serta pelbagai halangan perlu diharungi mecerminkan situasi hidup saya di luar sana. Kuatkah diri ini menempuhi semua halangan ini?.
Dalam hati berbisik, “ada CAHAYA di hadapan sana yang perlu engkau cari”. Kekuatan dan keyakinan muncul. Halangan demi halangan dirempuhi hinggalah sampai ke penghujungnya, terlihat sinaran CAHAYA. Terima kasih TUHAN. Ucapan syukur saya kepada-NYA kerana sentiasa ada menjadi pelindungku, memberikan kekuatan serta keyakinan dan sentiasa mencurahkan CINTA KASIH-NYA kepada saya meskipun saya sentiasa melukai-NYA. Belajar dan Diajar. Dua perkataan yang membawa erti yang mendalam dalam diri. Bila saya ingin belajar sesuatu, saya memerlukan seorang pemimpin untuk mengajar saya. Oleh itu, saya berharap apa yang saya pelajari disepanjang YLC-3 dan selepas perutusan tersebut, akan memberikan lagi keyakinan kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin terutama sekali dalam pelayanan. Saya harap melalui pelayanan saya dengan lebih sungguh, saya dapat menarik serta membuka hati para belia di luar sana untuk turut serta melayani-NYA.
” BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH “, ” DON’T JUST GO TO CHURCH BUT BE THE CHURCH”, ” LOVE IS NUMBER 1 “…YEAHHHHH!!!! and PEACE TO ALL
Warren Pierre Anun – St. Martin, Telupid
![]() |
| (Warren – kiri) |
Saya telah mengikuti program Youth Leaders’ Camp sejak pertama kali ia diadakan. Setiap tahun ia menyediakan aktiviti-aktiviti yang baru, mencabar dan mendekatkan saya dengan Tuhan. Pengalaman yang telah saya dapat di sepanjang program ini amat berharga. “Break the barrier” merupakan aktiviti yang memberikan impak yang besar terhadap diri saya. Di dalam aktiviti ini saya telah dilantik menjadi seorang ketua. Menjadi ketua bukanlah sesuatu yang mudah. Aktiviti ini membolehkan saya untuk membuat keputusan, berkomunikasi antara satu sama yang lain dan membuka diri saya kepada orang lain.
Sepanjang program ini saya dapat merasakan betapa pentingnya untuk menjadi ketua yang berani menyuarakan pendapatnya, berpengetahuan dan peka terhadap apa yang berlaku di sekililingnya. Saya ingin memperbaiki serta meningkatkan kemahiran yang ada pada saya. Semoga melalui interaksi yang akrab, lebih ramai belia akan terpanggil untuk menyertai dan menjadi ketua di dalam apa sahaja program di gereja dan mendekatkan mereka pada Tuhan. Seseorang pernah memberitahu saya, “Seorang ketua yang baik menghasilkan ketua yang baik”. Saya berharap dengan ini saya dapat menjadi ketua yang mampu menghasilkan buah yang baik.


