Artikel dan gambar oleh HILDY ALBERT
TELUPID: Peluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) pastinya impian bagi setiap orang. Keadaan ini ditambah lagi dengan perubahan suasana pendidikan pada hari ini yang memperkenalkan konsep ‘Pendemokrasian Pendidikan’ di mana setiap orang berhak dan berpeluang untuk belajar di peringkat tertinggi di negara kita.
Namun ini bukan bermakna hidup di kampus itu semuanya indah dan mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang timbul yang mungkin boleh menggagalkan keseluruhan pengajian ataupun mungkin mengubah hidup seseorang pelajar itu buat selama-lamanya.

Atas kesedaran ini, maka satu program yang dikenali sebagai KITA (Keep In Touch Always) telah diadakan di Gereja Katolik Santo Martin Telupid 18 April 2015. Antara tujuan program ini adalah untuk memberi persediaan awal kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengjian ke IPT. Program ini telah diadakan selama sehari dan telah dihadiri oleh 15 orang peserta.
Program dimulakan dengan sesi pertama yang bertajuk “Realiti Hidup di Kampus” disampaikan oleh sdra Hildy Albert yang juga merupakan koordinator Kerasulan Belia Paroki Telupid. Dalam sesi ini para peserta didedahkan dengan 4 tahap penyesuaian di Universiti yang perlu dilalui oleh pelajar semasa memulakan pengajian iaitu penyesuian akademik, penyesuaian sosial, penyesuian peribadi-emosi (psikologi dan fizikal) serta komiten kepada matlamat.
6 minggu pertama berada di kampus merupakan satu tempo kritikal dalam menentukan pengekalan (retention) pelajar di universiti. Seterusnya Hildy juga turut mengongsikan cabaran-cabaran yang ada di kampus terutama sekali cabaran iman yang sentiasa dihadapi oleh pelajar-pelajar yang beragama Kristian di kampus. Dan satu-satunya senjata utama untuk menghadapi cabaran ini adalah dengan iman Katolik yang teguh. Beliau telah memberikan beberapa contoh yang telah berlaku, dan menyeru kepada peserta agar bersedia berdepan dengan keadaan sedemikian.

Peserta yang hadir
Sesi kedua, “Menghidupi Iman Katolik Saya” disampaikan oleh sdra Javy James. Peserta telah didedahkan mengenai apa itu iman Katolik dan bagaimana mereka boleh menghidupi iman terutama sekali dalam keadaan-keadaan yang sukar. Para peserta telah diberikan aktiviti yang berkaitan dengan iman dan keluarga untuk dibengkelkan. Di akhir sesi Javy mengongsikan tentang bagaimana untuk menghidupi iman Katolik di Malaysia. Antaranya adalah dengan mengenali dan mengikuti Kristus secara mendalam, mendalami pengetahuan tentang Gereja Katolik dan komited dalam hidup berdoa.