gambar oleh Helda dan Lawrence
Telupid : Setelah selesai upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel baru St Joseph, Kampung Lumou serta Misa Kesyukuran 10hb Mei, umat beredar ke Dewan Kampung Lumou untuk turut serta dalam acara Pesta Kaamatan Peringkat Paroki St Martin.
Bapa Uskup Julius dalam homilinya semasa Misa Kesyukuran ada menyentuh tentang perayaan Tadau Kaamatan.
Hal ini juga suatu cara untuk menguatkan di antara satu sama yang lain, memupuk bukan sahaja persahabatan di antara umat tetapi memupuk semangat kekeluargaan sebagai Gereja. Inilah yang ingin dicapai pada perayaan kali ini dan itulah juga sebabnya seluruh Paroki di St. Martin Telupid berkumpul pada hari tersebut.
Maka Bulan Mei ini mengingatkan akan tugas kita sebab dalam Bulan Mei ini kita bersyukur kepada Tuhan atas segala buah-buah rahmat di atas segala kerja yang telah kita lakukan sepanjang tahun lalu. Ini mengingatkan juga supaya kita sentiasa bersyukur akan apa yang kita ada; mengingatkan kita pula supaya kita bermurah hati, memberi dan berkorban.
Beliau mengajak umat agar senantiasa bermurah hati dan mengamalkan semangat kepedulian demi membangun umat bersama ke arah komuniti yang kukuh.
Acara menumbuk padi, amalan dan tradisi budaya orang asal Sabah oleh Bapa Uskup Julius, Fr Jasery dan Sdra Rayner menandakan Tadau Kaamatan Paroki St Martin Telupid dilancarkan dengan rasminya..

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)