Oleh DS / sj
2. Harapan yang tidak pernah pudar dan kesetiaan di dalam misi mencari Tuhan Yesus. – Mirasol, Sandakan
3. Kesedaran tentang hal melayani orang susah adalah sebenarnya juga telah melayani Tuhan. – Hildi, Sandakan
4. Kerendahan dan kemurahan hati dalam hal membantu orang yang memerlukan. – Terry Theresa, Telupid
5. Tidak berkira, tidak mementingkan diri dan memilih-milih siapakah yang layak menerima bantuan. – Elizabeth, Sandakan
6. Melihat penderitaan orang lain sebagai penderitaan sendiri dan berusaha untuk memberi bantuan yang termampu. – Petrus, Sandakan
7. Meninggalkan kemewahan dunia demi mencari Yesus dan menjadi pengikutNya yang setia. Melayani seperti Dia. – Stella, Sandakan
8. Pengorbanan terhadap kehidupan duniawi sememangnya ada jika ingin melayani di ladang Tuhan namun kebahagiaan yang dirasai hasil pelayanan tidak dapat diberikan oleh dunia, hanya Tuhan memberi kebahagiaan sempurna. – Shirley, Sandakan
9. Pelayanan sebagai Sister Gembala Baik memberi kepenuhan dalam hidup dan dapat menemukan Yesus secara peribadi melalui penjangkauan terhadap orang susah. Tetapi sepanjang pelayanan, kita pasti akan berhadapan dengan perkara-perkara atau orang yang membuatkan semangat kita jatuh. Namun, kesetiaan yang sebenar dan ada juga yang memberi sokongan, akan membuat kita tidak putus asa dan terus teguh dalam pelayanan. – Sr. Maria, Sandakan
Sr. Maria mengaitkan tayangan video tersebut dengan pelayanan dalam misi pembangunan insan (KPIP/KPIK). Setiap individu hendaklah setia dalam misi tersebut, dapat membantu orang lain menjalani hidup sesuai dengan ajaran sosial gereja dan dapat menyentuh hati orang lain supaya turut melakukan penjangkauan terhadap yang lebih susah, terpinggir dan hina. “Impian saya adalah hasilnya nanti lebih ramai orang akan saling menjangkau sesama yang memerlukan dengan cinta kasih Yesus. Inilah Ziarah Hati.”
Pada waktu malam pula, para peserta turut dijemput untuk menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Sharon Tan dan Rikkie Teneros. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi majlis tersebut dan bersama dalam kegembiraan serta kesyukuran bagi pasangan yang baru sahaja mengikat janji perkahwinan untuk membentuk sebuah keluarga.





