Para peserta yang terlibat cukup semangat menyumbangkan idea-idea yang bernas. Sesi pertukaran pendapat juga sesi input telah banyak membantu mereka tentang kehidupan di kampus yang penuh dengan cobaan dan godaan. Mereka perlu dilengkapi dengan maklumat agar mereka sentiasa bersedia menghadapi apa juga halangan ketika bergaul dengan ‘rakan’ baru. Kepercayaan serta pengetahuan akan menjadi perisai mempertahankan iman mereka.
Program KITA telah memberikan inspirasi kepada para peserta dan dapat membantu mereka di alam kampus nanti. Semoga apa yang mereka belajar melalui program ini akan dipraktikkan agar iman Katolik mereka tidak tergugat apabila berdepan dengan apa juga situasi di kampus. Adalah dipercayai bahawa setiap kemahuan pasti ada jalan.







