Artikel oleh Farnandes dan
gambar oleh Farnandes dan Arnoldus
Lahad Datu : Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Mencipta Lagu-Lagu Rohani peringkat paroki St Dominic, Lahad Datu yang dipengerusikan oleh sdra Marthin Steven telah berjaya menganjurkan acara pertandingan mencipta lagu-lagu rohani pada 2hb Mei 2015 di Dewan Sri Perdana Lahad Datu.
Sdra Marthin Stevens
Hampir 600 umat hadir bersama untuk menyaksikan acara tersebut melalui satu majlis makan amal. Hasil dana akan disumbangkan kepada tabung Pembangunan Rumah Ibadat, St Dominic.
Sebanyak 10 penyertaan lagu-lagu rohani dari seluruh paroki St. Dominic termasuk luarstasi yang berbentuk kumpulan telah menyertai pertandingan ini.
The Worshippers
Kumpulan HOPE
|
No.
|
Tajuk Lagu
|
Kategori
|
Peserta/Kumpulan
|
Komposer
|
|
1
|
Terima Kasih
|
Lagu Kesyukuran
|
Belia St.Gabriel Tungku
|
Wilson Kock
|
|
2
|
Persembahan Abadi
|
Lagu Persembahan
|
The Worshippers
|
Caverna Galihun
|
|
3
|
Lord Accept Our Offering
|
Lagu Persembahan
|
HOPE
|
Mariewill Hamid
|
|
4
|
Kuduskan
|
Lagu Komuni / Pembukaan
|
KPUK Felda
|
Joyce Antonius
|
|
5
|
O.. Yesus
|
Lagu Kesyukuran
|
KKD St. Barnabas, Kg Burung Unta
|
Selpianus Mitang
|
|
6
|
Percayalah
|
Lagu Pembukaan
|
KKD St.John, Madai
|
Sherlyn Alan
|
|
7
|
Jalan Pintu Syurga
|
Lagu Kesyukuran
|
KKD St.John, Madai
|
Carlyne Robert Mekules
|
|
8
|
Kami Bawakan
|
Lagu Persembahan
|
KKD Maria Ratu Damai, Kg Langsat
|
Elton Susanto
|
|
9
|
Dalam Ekaristi
|
Lagu Komuni
|
KKD Maria Ratu Damai, Kg Langsat
|
Elton Susanto
|
|
10
|
Sumber Kehidupan
|
Lagu Komuni
|
Tukad
|
Evaleena Viona
|
Pertandingan Mencipta Lagu ini telah diadili oleh sdra Neil Mah yang berpengalaman dari Kota Kinabalu dan dibantu oleh Sr Evelyn Tivit fsicyang juga penasihat rohani AJP penganjur.
Fr Simon Kontou, Paderi Paroki St Dominic dalam ucapannya berkata, “Talenta datang dari Tuhan dan kita kembalikanya kepada Tuhan. Acara sebegini amatlah baik kerana melalui proses penciptaan lagu ini, ia dapat memperkayakan pemahaman kita terhadap sabda Tuhan dan doa-doa dalam bentuk lagu dapat diperbanyakkan.”
Beliau bertambah, “Lagu-lagu rohani ini dapat memperkaya penghayatan upacara suci terutama upacara Ekaristi, dan ia juga dapat memupuk kesatuan rohaniah, kesatuan diantara umat dan dengan upacara yang dirayakan. Namun menyanyi sahaja tidak mencukupi. Ia haruslah dilengkapi dengan persiapan rohaniah, penghayatan dan pemahaman kita terhadap lagu yang dinyanyikan.”
Acara ini juga bertujuan untuk menambah koleksi lagu-lagu di dalam misa dan mencungkil bakat yang sedia ada agar kita menggunakan talenta yang dianugerahkan Tuhan demi KerajaanNya.
Johan : KKD St. John, Madai
Naib Johan : KKD Maria Ratu Damai
Tempat Ketiga : KPUK Felda
Pertandingan kali ini telah dijuarai oleh KKD St. John, Madai dengan lagu mereka “Percayalah,” tempat kedua telah disandang oleh KKD Maria Ratu Damai dengan lagu “Kami Bawakan” dan tempat ketiga telah dimenangi oleh KPUK Felda dengan lagu mereka “Kuduskan.”
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah pada 11.00 malam.



