Hari Kedua, Sabtu, 2hb Mei 2015
Perwartaan Injil: YOH 14:7-14 (Yesus jalan kepada Bapa)
Renungan: Kadangkala ada perkara yang menghalang kita daripada mengenal dan melihat kehadiran Yesus dalam peribadi orang lain ataupun sesuatu misi walaupun sudah lama kita mengimaniNya. Marilah kita merenung semasa berjalan bersama ini, di manakah arah tuju misi pembangunan insan di Keuskupan Sandakan yang telah dipercayakan kepada kita oleh Bapa Uskup Julius. Kita diamanahkan membuka jalan serta membentuk batu asas pelayanan yang kukuh agar orang yang seterusnya dapat menyambung pelayanan ini pula.
Peristiwa Terang Ketiga:
Yesus memberitakan Kerajaan Allah dan menyerukan pertobatan (Mat 4:17-23)
Pada peristiwa ini, setiap yang hadir mengongsikan pengalaman mereka semasa dipanggil untuk melayani dalam komiti atau komisi tersebut:-
Peristiwa Terang Keempat:
Renungan: Sebagai pengikut Kristus kita diminta untuk memecah-mecahkan roti kehidupan. Yesus berkata, “Inilah TubuhKu, inilah DarahKu yang akan dikorbankan bagimu”. Melalui pelayanan pembangunan insan, Yesus mengajak kita untuk memecah-mecahkan diri kita untuk melayani orang yang kita tidak kenali, orang yang benar-benar memerlukan demi keselamatan mereka. Ini merupakan tuntutan kasih yang terutama iaitu memberikan diri kita kepada orang lain.
- LUK 1: 38 “Aku ini hamba Tuhan, terjadilah menurut kehendakMu”.-Maria (Bonda Maria menyahut kehendak Allah Bapa dan rela mengandungkan Tuhan Yesus melalui kuasa Roh Kudus walaupun dia masih dara)
- LUK 1:42-43 “Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!” Mengapakah penghormatan sebesar ini diberikan kepadaKu, sehingga ibu TuhanKu datang melawat aku?” -Elisabet (Pengakuan bahawa Bonda Maria mengandungkan Tuhan Yesus)
- LUK 2: 34-35 “Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang, dan dengan demikian terdedahlah rahsia fikiran mereka. Seperti pedang tajam, kesedihan akan menikam hatimu.” (Yesus dipersembahkan di Bait Allah. Simeon memberitahu akan penyaliban Yesus pada masa akan datang namun Yusuf dan Maria belum dapat memahami)
- LUK 2:48-49 “Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan ibu? cemas hati ayah dan ibu mencariMu!”-Maria dan “Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah BapaKu?”-Yesus (Yesus hilang dan ditemukan di Bait Allah. Yesus cuba memberitahu kepada kedua ibu dan bapanya bahawa Dia harus berada di sana kerana Dia adalah Anak Tuhan)
- YOH 2: 4-5 “SaatKu belum tiba.”-Yesus dan “Lakukan apa sahaja yang dikatakanNya kepada kamu.”-Maria (Yesus rela melakukan mukjizat demi kasihnya kepada Bonda Maria walaupun belum tiba saatnya bagi Tuhan Yesus.)
- MRK 3:33 “Siapa ibuKu? Siapa saudara-saudaraKu?” -Yesus (Siapa yang melakukan kehendak Allah, dialah ibu dan saudara-saudara Yesus)
- YOH 19: 26-27 “Ibu, inilah anakmu.” dan “Anak, inilah ibumu.” -Yesus (Tuhan Yesus ingin memberitahu bahawa Bonda Maria adalah ibu bagi semua orang yang percaya kepadaNya)
‘Permainan Sukacita Injil’. Para peserta diminta bergilir-gilir memakai semua peralatan yang telah disediakan dan cuba membuka lekatan-lekatan pada pembungkus sehingga mengetahui isi dalam bungkusan tersebut.
Kemudian Sr Maria memberi penjelasan kepada maksud permainan tersebut dan para peserta turut membuat perkongsian akan perasaan mereka, cabaran dan kesukaran yang dihadapi semasa bermain. Moral permainan ini dikaitkan dengan pelayanan mereka dalam pembangunan insan di mana mereka perlu tahu apa yang perlu dibuat dan apa cara yang harus digunakan agar misi berjaya.








