Dilaporkan oleh Romeo Francis
Sandakan: Keuskupan Sandakan telah pun menetapkan Rabu kedua setiap bulan sebagai Hari Komuniti Kristian Dasar (KKD). Pada hari tersebut ditiadakan aktiviti di gereja untuk memberi laluan kepada semua KKD melaksanakan program mereka. Lazimnya KKD akan dilawati oleh paderi dan religius.
Pada 8hb Februari 2017, KKD St Teresa Of Calcutta, Indah Jaya telah mengadakan program pengenalan tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan di kalangan ahli-ahli KKD tersebut. Visi dan Misi Keuskupan akan dilancarkan pada bulan Oktober ini sempena dengan Perayaan UlangTahun Keuskupan yang Kesepuluh. Pertemuan kali ini telah dihadiri oleh Rev. Fr Stanley William Matakim.
Program ini memberi peluang kepada para ahli memahami serta memiliki bersama Visi dan Misi Keuskupan. Sesi ini juga membuka ruang kepada ahli untuk mengolah langkah pastoralnya di peringkat KKD bagi mencapai Visi dan Misi Keuskupan.
Fr. Stanley menerangkan Visi dan Misi Keuskupan secara terperinci. Saudara Leonnie memudahcarakan perbincangan cara KKD dapat memainkan peranan untuk membantu mencapai Visi dan Misi Keuskupan.
Saudara Francis Tan menerangkan pendekatan Visi dan Misi Keuskupan
Perbincangan selama sejam telah menghasilkan pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan di peringkat KKD untuk merealisasikan Visi dan Misi Keuskupan.
Di akhir pertemuan, sedikit hidangan telah disediakan dan setiap pertemuan KKD, ahli yang lahir pada bulan tersebut akan diraikan.