Gambar Oleh: Dominggus, Jaymar
Artikel: Farnandes
St.Dominic Lahad Datu: Pada 13 April 2017, Paroki St.Dominic telah dilawati oleh dua orang paderi iaitu Fr. Aloysius Mite dari Keuskupan Agung Ende dan Fr. David dari sepanyol bersempena dengan Minggu Suci Prapaska. Bagi Fr.Aloysius, beliau telah melawat bukan sahaja di paroki St.Dominic tetapi turut melawat dikebanyakan luarstasi di sekitar Lahad Datu. Lawatan Fr. Aloysius berakhir pada 23 April 17 dan telah selamat kembali ke Keuskupan Ende Indonesia.
