Selepas aktiviti ini berakhir, semua yang berpatisipasi berehat untuk makan tengah hari dan doa makan dipimpin oleh saudara Bob Remon. Aktiviti mandi sungai menyusul sehingga jam 1:30 petang diikuti sesi perkongsian dari para baptisan baru serta ucapan oleh para pembimbing.
Dalam perkongsian para baptisan baru, mereka berterima kasih kepada Kristus yang telah menyelamatkan mereka di dalam kolam pembaptisan dimana dosa mereka telah dihapuskan dan bangkit dengan jayanya bersama Kristus serta berterima kasih kepada para pembimbing yang telah berkorban masa dan tenaga. “Walaupun selama berada dalam kelas, ada waktunya faham dan tidak faham tetapi kerana usaha para pembimbing yang mahu kami berjalan bersama Kristus, akhirnya kami lulus dan dibaptis. Semoga para pembimbing terus berjuang dan bersemangat dalam pelayanan ini”.
Para pembimbing dalam sesi perkongsian berkata, “Diharap para baptisan baru terus aktif ke gereja dan ambillah antara pelayanan di gereja supaya api iman kamu yang masih menyala itu terus dibakar dalam pelayanan agar sentiasa hidup dan berkarya di dalam hidup kamu, dan janganlah sia-sia kan apa yang telah kamu terima dan berjuang selama di kelas IKD pada hari pertama iaitu kamu mahu mencari iman dan seperti dalam Injil Matius 7 : 7-8 ‘Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan.’ Kamu telah berjuang demi Yesus dan telah mendapat hasilnya dari apa yang kamu minta, iaitu iman kamu kepada Yesus dan telah menjadi Garam dan Terang dunia. Akhir kata dari kami, tahniah kepada semua baptisan baru dan semoga pengalaman kamu bersama kami para pembimbing selama ini dapat membawa kamu terus berjalan sebagai seorang Katolik yang penuh dengan iman dan cinta kasih. Tentunya kami sebagai pembimbing juga berharap agar setiap anak didik kami yang akan datang akan melalui pengalaman cinta kasih Yesus di dalam kelas IKD ini seperti kamu juga”.
Selepas sesi perkongsian, para baptisan baru telah menyediakan cenderahati kepada para pembimbing sebagai kenangan disusuli penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti permainan serta bergambar bersama sebagai aktiviti penutup. Aktiviti selesai kira-kira pukul 4:15pm.