Belia – belia Katolik Keuskupan Sandakan ke Temu Raya Orang Muda Katolik kali ke 2 di Keuskupan Tanjung Selor. |
TROMK merupakan program yang diadakan sekali dalam tiga tahun dan merupakan program Komisi Kemudaan Keuskupan Tanjung Selor. Seramai 434 peserta telah menyertai program yang datang dari 14 paroki di Keuskupan Tanjung Selor dan satu undangan tamu dari luar iaitu Keuskupan Sandakan. Selain itu ia juga telah disertai oleh 15 paderi, dua Dikon dan dua Religus dari Keuskupan Tanjung Selor.
Christina Lasius salah satu wakil dari Keuskupan Sandakan sedang ditemu ramah oleh MC yang bertugas |
Penyertaan pertama ini merupakan satu titik permulaan bagi kedua – dua Keuskupan untuk menjalinkan jaringan persahabatan dan pastoral. Selain itu, ini juga merupakan satu peluang untuk saling mengenali budaya dan kehidupan para orang muda mudi Katolik di Keuskupan Tanjung Selor terutama sekali di Nunukan yang hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai dari tawau menggunakan perkhidmatan feri.
Motivasi Iman |
Renungan Malam di Lingkungan St Dominikus Kg. Sg. Sembilan tempat live in salah satu peserta dari Keuskupan Sandakan |
Pawai Budaya Lintas Agama (Interfaith Cultural Parade) |
Sempadan bukan penghalang kepada kesatuan. Apa yang menyatukan pasti CINTA KASIH YESUS! |
Persembahan pentas belia – belia dari Keuskupan Sandakan |
Cenderakenangan kepada Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan |
Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ingin mengambil kesempatan utnuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur yang dipimpin oleh saudara Kornelis Kio Tobil selaku Ketua Panitia TROMK KTS 2. Semoga persahabatan ini berterusan dan undangan untuk menyertai TROMK dimasa akan datang dapat diteruskan.
Berikut merupakan perkongsian pengalaman belia – belia dari Keuskupan Sandakan yang telah menyertai TROMK ini.
Elton Susanto yang memegang bendera Malaysia |
Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menyertai TROMK kali ke 2 ini. Perkara yang paling menyentuh saya adalah Pawai Budaya Lintas Agama (Interfaith Cultural Parade) kerana dapat memupuk rasa persatuan dan persaudaraan diantara teman -teman yang berbeza kepercayaan. Ini mengingatkan kepada saya 15 tahun yang lalu disaat saya masih di bangku sekolah. Sungguh menyentuh sekali! Saya ingin sekali mengajak teman – teman dari paroki saya untuk menjalinkan persahabatan dengan Orang Muda Katolik (OMK) di luar Sabah.
Lilian Alo Lein dari Paroki St Dominic, Lahad Datu
Saya rasa sungguh teruja dan sangat menginginkan lebih pengalaman dari Program TROMK KTS2 .
Perkara yang paling menyentuh saya adalah pada hari ke-3 iaitu Pawai Budaya Lintas Agama. Kemajmukan budaya antara dua agama membuat saya sebagai OMK amat tersentuh dengan penerapan nilai-nilai murni dalam membina kemakmuran dan Kedamaian walaupun berbeza Kepercayaan .
Saya perlu berusaha lebih lagi untuk mengajak diri saya sendiri dan sahabat sepelayanan untuk mengetahui pentingnya hubungan kepelbagaian budaya dan agama dalam memantapkan iman Katolik di dalam dan luar gereja.
Terdapat dua hal yang amat saya syukuri:
Pertama ialah kehadiran saya dan sahabat dari Keuskupan Sandakan mewakili gereja Katolik dari negara jiran diterima baik oleh masyarakat dan pemerintah dalam Pawai Budaya Lintas Agama dengan membawa bendera Sabah dan Malaysia dengan baik.
Kedua adalah kemurahan dan kerendahan hati umat serta OMK di lingkungan St.Dominikus Sungai Sembilan Nunukan dan layanan mereka sejak dari ketibaan dan sehingga kami berangkat balik, saya dan sahabat lain sangat mengagumkannya. Jujur saya katakan syukur puji Tuhan tidak Sedikit pun ada rasa kekurangan dalam hati walaupun saya dan sahabat hidup dalam suasana kesederhanaan kerana nilai kekeluargaan sangat dititikberatkan dalam lingkungan ini. Oleh itu, rasa bersyukur saya tidak pernah luntur sampai sekarang .
Syukur puji Tuhan juga pengalaman yang saya dapat dari hari pertama mengikuti TROMK KTS2 sangat berharga. Harapan saya semoga OMK di setiap keuskupan sedar akan kemakmuran dari kepelbagaian budaya penting dalam pemantapan iman dan pelayanan .
Indah sungguh rencana Allah Bapa di Surga .
Salam Dari Elisabert
OMK Bawa Perubahan
Saya bersyukur dan gembira kerana diberi peluang untuk mengikuti program ini walaupun dalam kesibukan pekerjaan harian.
Saya amat tersentuh dengan program Motivasi Iman yang disampaikan oleh Bapa Stefanus Rizal Rejadi pada hari ke-2 TROMK. Sesi ini adalah tentang bagaimana OMK perlu membawa perubahan bagi Gereja dan komuniti dia sendiri walaupun dengan banyak cabaran dan tentangan yang perlu dihadapi seperti mana yang dikatakan oleh Paderi Gereja St Gabriel, Nunukan perubahan itu harus dilakukan oleh kita sendiri sebagai OMK dan bukan hanya sekadar menunggu orang lain untuk mengubahkan untuk kita, Inilah semangat yang ingin saya kongsikan kepada belia – belia di paroki saya kelak.
Saya juga bersyukur atas jemputan ke Tromk-2 ini dari Keuskupan Tanjung Selor serta keluarga-keluarga di Lingkungan St Dominikus Sg Sembilan yang mengambil kami sebagai anak-anak mereka disepanjang program ini. Ternyata cinta kasih Tuhan itu agung sekali dan telah ditunjukkan oleh keluarga angkat kepada kami semua smeskipun kami berbeza latar belakang dan suku.
Selain itu, saya juga amat gembira berkenalan dan bekerjasama dengan belia keuskupan Sandakan dari Paroki-paroki yang lain. Walaupun kami hanya berkenalan selama 1 malam sebelum bertolak ke Nunukan, kami dapat menjalankan program di TROMK dengan gembira seperti kami semua ini sudah berkenal lama.
Salam damai,
salam OMK baper,
Selwyn s’sho.
Yulita Edwinda (Duduk) |
SALAM OMK BAPER
OMK MANA SEMANGAT NYA INI DIA INI DIA
YULITA EDWINDA SOMI@OLIFIA
Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengikuti TROMK KTS 2 ini. Perkara yang paling menyentuh saya adalah Motivasi Iman dan Pawai Budaya Lintas Agama. Melalui Motivasi Iman saya telah mempelajari untuk bersabar dan percayakan kepada diri sendiri. Manakala bagi Pawai Budaya Lintas Agama saya amat tersentuh sebab walaupun kami berbeza suku dan bangsa, kami masih boleh memberikan kasih antara sesama. Saya ingin berusaha lebih lagi untuk menjadi OMK yang terbaik dan mengajak kawan – kawan seagama untuk mengetahui betapa pentingnya OMK (para belia) di dalam gereja dan masyarakat. Akhir sekali saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga angkat yang baik dan penyayang serta teman – teman baru yang sangat – sangat luar biasa.
Salam cinta ❤
(OMK BAPER)
Omk mau.
Omk bisa.
Omk bawa perubahan..
Febronia anna nita@anna