Tawau – Persatuan Komiti Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT) telah mengadakan satu seminar pemantapan kerohanian bertempat di Dewan Katekatikal Holy Trinity, Tawau pada 11 sehingga 13 Ogos yang lalu. Persatuan Komiti Kristian KJMT ini merupakan satu pertubuhan untuk jururawat pelatih yang beragama Kristian dari berlainan denominasi. Seramai 51 orang pelatih yang telah menyertai seminar ini.
Pelbagai aktiviti dan sesi yang telah dijalankan. Antaranya ialah aktiviti ”ice-breaking”, puji- pujian dan penyembahan, perkongsian alkitab, ceramah, kaunseling dan penumpangan tangan (Healing). Sesi ceramah telah disampaikan oleh pastor dan umat awam dari pelbagai denominasi.
Miss Ho Sui Chee Penaung Komiti Kristian KJMT memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta yang hadir |
Sesi Kaunseling |
Berikut merupakan penyampai sesi serta tajuk ceramah yang telah disampaikan.
Penyampai Sesi
|
Denominasi
|
Tajuk Ceramah
|
|
Ceramah 1
|
Saudara Francis Kamuntah
|
Roman Catholic
|
Definisi Dasar Bertumbuh Dalam Iman
|
Ceramah 2
|
Pastor Hillen J Richard
|
SIB
|
Faktor-faktor Penghambat Pertumbuhan Iman
|
Ceramah 3
|
Pastor Leo Simon
|
Betani
|
Latihan Pertumbuhan Iman
|
Ceramah 4
|
Penetua Navies Maisin
|
SIB
|
Prinsip-prinsip Umum Dalam Memelihara Iman
|
Ceramah 5
|
Pastor Salvinus
|
Calvary
|
Iman Yang Hidup
|
Saudara Francis salah seorang penceramah |
Pastor Hillen salah seorang penceramah |
Berdasarkan maklum balas daripada peserta dan Ahli JawatanKuasa (AJK) penganjur, program ini amat baik kerana melalui program ini, peserta dapat bertukar-tukar pendapat antara berlainan denominasi. Selain itu, peserta dapat melihat dan merasai kesatuan dalam kepelbagaian denominasi, ini kerana kesatuan seperti ini sukar untuk didapati di tempat lain.