By Marian Live Stream Crew/SOCCOM (Euthalia)
“Marians.FM Siaran Rohani Anda” sekian lama slogan ini menghilang, akhirnya kembali berkumandang di udara dengan krew yang lebih kuat dan penuh dengan semangat. Marians.FM kembali sekali lagi dengan topik yang lebih menarik secara dalam talian Zoom pada 14hb Oktober 2021, 8:45malam yang lalu.
Marians.FM ditubuhkan pada masa pandemik dimana semua umat tidak dapat hadir ke gereja. Namun, mengeratkan hubungan umat dengan gereja maka pihak gereja menubuhkan Marians.FM untuk menyampaikan info dan berita gembira kepada umat melalui siaran radio. Dalam sesi temubual bersama Rev. Fr. David, beliau menjelaskan bahawa Marians.FM bermula dengan siaran radio dan dari situ bermulalah sejarah Marians.FM.
Pada malam itu, Rev. Fr Stephen turut diundang untuk memberi perkongsian tentang kesetiaan kepada rosari dimana rosari adalah salah satu tradisi orang Katolik dan penghormatan kepada Bonda Maria. Fr Stephen juga menjelaskan tentang sikap yang ditampilkan semasa doa rosari.
Akhir sekali, Marians.FM juga menjemput seminarian Edward untuk memberi penerangan dan perkongsian tentang Bonda Maria dan keistimewaan bulan rosari.
Soal dan jawab adalah sesi terakhir dimana umat boleh membuat sebarang pertanyaan di ruangan Chat Box kepada paderi dan juga seminarian.
Jika ada rosari dikasih
Jangan disimpan di peti lagi,
Marian FM ucapkan terima kasih
Minggu depan jumpa lagi.