Oleh Lucy Jamini Francis

16 November 2021 ( Selasa) – Pengetua SMK Konven St. Cecilia, Encik Chung Su Kiong yang sudah berkhidmat selama setahun telah banyak membawa perubahan dalam pembangunan sekolah sepanjang tempoh tersebut.  Salah satu perubahan itu ialah mewujudkan “Smart TV” di semua kelas (18 bilik darjah). Dengan adanya kemudahan ini, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat dimudahkan bertepatan dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)

Encik Chung Su Kiong turut memfokuskan Transformasi Sekolah yang bercirikan penambahbaikan, pengupayaan kendiri serta pertambahan nilai kepada warga St. Cecilia. Seterusnya, “Tabung Prihatin St. Cecilia” telah diperkenalkan pada Jun 2021 yang bertujuan membantu murid miskin semasa musim pandemik Covid-19 melanda. Pada hujung tahun ini, hasrat menaiktaraf tandas dapat dilaksanakan dan selesai sebelum pembukaan sekolah pada Januari 2022.

Encik Chung Su Kiong juga turut memaklumkan slogan bagi SMK Konven St. Cecilia “ St. Cecilia Hebat, Katakan Ya kepada no.3 Terbaik di Sandakan”. Untuk mencapai hasrat tersebut, satu lagi program telah diadakan iaitu “Program Promosi St. Cecilia”. Objektif Program Promosi SMK Konven St. Cecilia ialah ingin memperkenalkan pencapaian sekolah dari segi kurikulum, Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid. Selain itu, memaklumkan perkembangan pencapaian usaha PIBG serta kemudahan sekolah yang sedia ada.

Risalah sekolah telah dihasilkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pencapaian SMK Konven St. Cecilia serta menambah bilangan pelajar sekaligus meningkatkan peratusan pelajar yang berpotensi cemerlang dalam akademik.

Antara lain dalam risalah tersebut ialah mengandungi pencapaian pelajar dari segi akademik, hal ehwal murid, Ko-Kurikulum, sumbangan PIBG dan aktiviti Christian Movement Student. Turut dimuatkan ialah Insentif istimewa disumbangkan kepada murid Tahun 6 yang mencapai keputusan akhir tahun minima mendapat 3A ke atas.  Pihak sekolah SMK Konven St. Cecilia telah mengadakan lawatan dan menghantar risalah di semua sekolah rendah Mubaligh di kawasan Sandakan.

Encik Chung Su Kiong (Pengetua SMK Konven St. Cecilia) telah menyerahkan risalah kepada Rev. Fr. David A. Garaman, Paderi Paroki St. Mary Katedral Sandakan.

Melalui lawatan ke Katedral St. Mary, Sandakan pada bulan Oktober lalu, Encik Chung Su Kiong telah menyerahkan risalah kepada pihak gereja iaitu diwakili Paderi Paroki Rev. Fr. David A. Garaman dengan harapan agar dapat memperkenalkan sekolah SMK Konven St. Cecilia sebagai tempat meneruskan pendidikan sehingga tamat tingkatan lima (5) kepada semua umat.

Lawatan dan penyerahan risalah kepada Guru Besar SK St. Mary Convent Puan Lucy Dullah Khan. Turut hadir Bersama Pengerusi Lembaga Sekolah, Puan Zenia Petrus Gulitom.

Usaha diteruskan lagi dengan mengadakan lawatan ke sekolah rendah SK St. Mary Convent, Sandakan. Melalui perjumpaan dengan Guru Besar, Puan Lucy Dullah Khan dan Pengerusi Lembaga Sekolah Puan Zenia Petrus Gulitom, telah memberi banyak idea tentang pembangunan yang dilakukan di sekolah tersebut. En. Chung Su Kiong telah menyerahkan risalah SMK Konven St. Cecilia kepada pihak pentadbir SK St. Mary Convent serta Lembaga Sekolah agar dapat sedikit sebanyak menyuntik semangat murid-murid yang bersekolah di St.Mary’s Convent untuk meneruskan persekolahan mereka di sekolah menengah St. Cecilia selepas ini. Tuhan Memberkati.

Penglibatan SMK St. Cecilia dalam SPM Bible Kuiz ke peringkat kebangsaan kali ke-4 sejak tahun 2017.

PIBG turut memberikan insentif khas untuk Program Promosi St. Cecelia.

Tabung Prihatin – Mr. Chung bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling menghantar bantuan ke rumah murid kurang berkemampuan.