Oleh : Dominggus (SOCCOM)  Gambar : Farnandes & Jaymar (SOCCOM)

Lahad Datu: Pada 2hb Februari 2022 yang lalu, seramai 200 umat telah menghadiri Misa Kudus di gereja Paroki St. Dominic untuk merayakan hari “Yesus di persembahkan di dalam bait Allah” dan sekaligus merayakan “Hari Hidup Bakti Sedunia”. Perayaan Misa Kudus ini diselebrankan oleh paderi paroki Rev. Fr. Simon Kontou pada jam 8 pagi, dengan mematuhi SOP kerajaan yang telah di tetapkan.

Di awal Misa, Fr. Simon telah mengongsikan bahawa “Kita bukan sahaja merayakan hari Yesus di persembahkan di dalam bait Allah, akan tetapi kita juga merayakan hari “Hidup Bakti Sedunia yang juga merupakan sebuah ‘Janji Baptis’ bagi para religius Sister, Brother dan juga Diakon.”

Diakon Gerald Terence OFM dalam homili beliau, “Kita terlalu ‘fokus’ dengan dunia, sehingga kita lupa hubungan kita dengan Tuhan. Injil hari ini menyatakan bahawa kesetiaan kita bersama Tuhan dalam apa juga situasi melanda. Seperti Simeon yang setia, tetap dalam iman dan penuh sabar menantikan kedatangan Mesias. Kita semua di panggil menjadi Simeon kepada dunia hari ini untuk melayani di ladang Tuhan tidak kira di panggil menjadi seorang religius atau seorang paderi, panggilan untuk berkahwin ataupun hidup membujang. Panggilan yang Tuhan semai dalam diri kita semua sebenarnya adalah indentiti kita, untuk menjadi anak Allah. Walaupun kita dilanda berbagai cabaran, peribadi Simeon ini menjadi teladan bagi kita, bahawa identiti yang kita perolehi sebagai anak Allah melayakkan kita untuk mendalami janji baptis kita. Terutama bagi religius dan juga para paderi yang telah menyerahkan seluruh hidup mereka untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dalam pelayanan dan doa.”

Setelah itu, Misa dilanjutkan dengan Pemberkatan lilin dan juga Pembaharuan Janji Baptis bagi para sister yang hadir pada masa itu, iaitu Sr Regina Kimung, Sr Rusiah Garuk, Sr Martina James dari St Mary Sandakan dan juga Sr Younne Happy Runsab dan Sr Jadine Gutierrez dari St Augustine Konven Lahad Datu beserta Diakon Gerald Terence OFM yang sedang melayani di paroki ini.

Sejurus Misa berakhir, Fr. Simon beserta Diakon Gerald dan para sister berkumpul bersama untuk sesi mengambil gambar disusuli fellowship.