Dilaporkan oleh Fettwinda Sipaan, Raynold Thomas
4 Mac 2023 – Seramai 8 orang wakil Tim Penganjur Utama (Main Organizing Team – MOT) TBK 2 telah melakukan kunjungan rasmi kepada Yang Mulia Rt. Rev. Datuk Julius Dusin Gitom, DD, Uskup Keuskupan Sandakan bertempat di Bilik Mesyuarat Keuskupan. Kunjungan pada jam 10 pagi ini turut disertai Paderi Paroki, Pembantu Paderi Paroki merangkap Penasihat Rohani Kerasulan Belia Paroki (KBP), Pengerusi Pengelola Lembaga Sekolah dan Pengetua bagi SM St. Mary dan SM Konven St. Cecilia, serta para pemimpin umat awam di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan di Pusat Pastoral dan Dewan Katekatikal, Gereja St Joseph, Batu ½ yang bermula pada jam 7.30 selepas misa senja.
Kunjungan rasmi ini bertujuan memberikan penjelasan dan perkongsian tentang konsep penganjuran TBK 2, rasional penganjuran TBK 2, maklumat tempat dan lokasi program TBK 2, sekaligus memperkenalkan MOT TBK 2. Taklimat ringkas disampaikan oleh saudari Elisha Edward de Los Santos, Kordinator TBK 2 yang baru menggantikan saudari Airene Anne A. Gumanas.
Dalam sesi kunjungan rasmi ini, Bishop Julius mengucapkan syabas dan tahniah kepada MOT kerana telah menyediakan Kertas Konsep TBK 2 dengan terperinci. Beliau turut menyatakan rasa syukur kerana program TBK 2 ini turut mengetengahkan konsep sinodal iaitu persekutuan, partisipasi dan misi sebagai salah satu tunjang utama dalam penganjuran. Bapa Uskup juga menekankan bahawa penganjuran ini adalah program bersama, oleh itu semua pihak harus berjalan bersama untuk menjayakan TBK 2 agar konsep sinodal itu dapat dicapai sepenuhnya. Beliau juga mengharapkan agar penganjuran TBK 2 ini akan membawa sinar kepada kelangsungan dan kesinambungan pelayanan dalam kalangan para belia tidak kira dimana dan apapun pelayanan yang mereka lakukan.
Kunjungan rasmi yang kedua bersama dengan Rev. Fr. Simon J. Kontou (Paderi Paroki), Rev. Fr. Raymond Lee Seng Huat (Pembantu Paderi Paroki / Penasihat Rohani KBP), En. Freddy Graman (Pengerusi Majlis Pastoral Paroki), Pn. Evelyn Jock (Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki), Justine Marcus (Ahli MPP / Perwakilan PYA ke MPP), Dalius Lucius Lobinjang (Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SM St. Mary), Michael Ibau (Pengerusi Komiti Pembangunan dan Harta Benda Paroki), Cg Ang Pean Ming dan Cg. Jamini Lucy Francis masing-masing mewakili Pengetua SM St. Mary dan SM Konven St Cecilia, berlangsung seusai makan bersama. Sesi dimulakan dengan memperkenalkan para MOT TBK 2 kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas konsep oleh Koordinator TBK 2.
Seusai pembentangan kertas konsep, Rev. Fr. Simon memberikan peneguhan kepada para MOT TBK 2 agar meneruskan usaha dan melakukan yang terbaik dalam penganjuran TBK 2 ini. Pihak paroki akan menyokong dan akan berjalan bersama-sama dalam penganjuran ini. Wakil daripada pihak SM St. Mary dan SM Konven St. Cecilia masing-masing menyampaikan pesanan dari pengetua sekolah bahawa, pihak sekolah menyokong penuh penganjuran TBK 2 dengan memberikan kebenaran untuk menggunakan kemudahan di kedua-dua sekolah sepanjang program dijalankan.
Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh para jemputan dalam sesi kunjungan rasmi ini telah memberikan semangat kepada para MOT untuk merancang dan menyediakan program yang bersesuaian. Antara lain, penganjuran ini juga diharapkan dapat memberikan pengalaman sekaligus menyemai panggilan untuk melayani dan mendalami iman Katolik mereka selari dengan kemajuan teknologi masa kini. Para MOT melahirkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan dan berharap dengan kerjasama ini penganjuran TBK 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terdahulu, para MOT telah membuat kunjungan rasmi ke lokasi program TBK 2 iaitu SM St. Mary dan SM Konven St. Cecilia masing-masing bertarikh 23 Februari 2023 dan 1 Mac 2023. Wakil Pengelola Lembaga Sekolah juga turut hadir sama semasa kunjungan rasmi tersebut.
Setelah itu, bersama Pengetua dan Lembaga Pengelola Sekolah membawa para MOT untuk meninjau kawasan lokasi program, fasiliti, dan peralatan yang boleh digunakan sepanjang TBK 2 dijalankan.
Sesi kunjungan rasmi berakhir dengan sesi bergambar dengan semua jemputan dan MOT yang hadir bersama.
第二届山打根教区青年盛会(TBK 2)主办团队正式拜访。
Fettwinda Sipaan, Raynold Thomas (terjemahan oleh Hilda Kimsin)
2023年3月4日 – TBK2主要主办团队(MOT)的8名代表在上午10时位于教区会议室正式拜访了山打根教区主教Datuk Julius Dusin Gitom。此次拜访的目的是为了解释和分享TBK 2的概念、基本原理、地点的详情,以及介绍TBK 2的MOT。 此次的汇报是由取代上一任TBK协调员Airene Anne A.Gumanas的新任TBK 2协调员Elisha Edward de Los Santos主持。
在此次的正式访谈中,Julius主教称赞MOT准备了如此详细的TBK 2概念文件。他还因MOT在TBK 2中着重了团契、参与和使命作为主办该盛会的总概念之一而表示感谢。主教也强调这盛会是一个联合活动,因此各方必须共同努力好让 TBK 2能够充分体现一体的概念。他也希望此次盛会能让青年们无论在何处或做着何种侍奉都能感受到持续性的曙光.
在当天的黄昏弥撒之后,他们也在位于一哩半St Joseph教堂的牧灵中心及礼堂会见了山打根堂区的Simon J. Kontou神父、堂区助理神父兼教区青年团的灵修顾问Raymond Lee Seng Huat神父、堂区牧灵委员会主席Freddy Graman、堂区牧灵委员会副主席Evelyn Jock、青年团代表Justine Marcus、SM St Mary学校理事会主席Dalius Lucius Lobinjang、堂区发展与财务委员会主席Michael Ibau、分别代表SM St Mary和SM Konven St. Cecilia校长的Ang Pean Ming老师和Jamini Lucy Francis老师,并与他们一同共进晚餐。会谈由TBK 2协调员介绍了TBK 2的主要主办团队作开始,接着继续推介有关TBK2概念的文案。
在推介完概念文案后,Simon神父鼓励TBK 2的MOT成员继续努力以及竭尽所能把此次的盛会做到最好。堂区亦会在此次盛会中给予支持以及持续与主办团队同行。SM St Mary和SM Konven St Cecilia的代表亦分别传达了学校校长的命令,即是应允主办团队使用两所学校的设施以表示校方对TBK 2盛会全力的支持.
受邀者在这次正式访谈上所给予的支持与鼓励让主办团队更坚定的要为盛会筹备适合的活动。除此之外,这次的筹办亦希望能授予青年们经验,号召青年们前来侍奉,以及让青年们在天主教的灵修成长上得以符合现时发达的科技。主办团队在此次会谈中得所到的鼓励与支持而心生感激,也希望全体能共同携手让此次的盛会成功.
在此之前,MOT分别于2023年2月23日和2023年3月1日在学校理事会代表的陪同下正式参观了TBK 2的盛会地点,SM St Mary及SM Konven St Cecilia学校。随后,学校理事会连同学校校长也带领MOT视察了TBK 2的主板现场、设施以及盛会期间可使用的设备。
最后,此次拜访的以MOT,当晚受邀出席的主教、神父们及各团体代表的团体照作为结束。
Kotombuluyan Rasmi montok Kopongonjulan Abaabayan Komulakan Keuskupan Sandakan i Koduo (TBK2)
Fettwinda Sipaan, Raynold Thomas (terjemahan oleh Sylvienna Raymond)
4 Gomot 2023 – Soginumu 8 tulun mobi Tim Penganjur Utama (Main Organizing Team-MOT) TBK 2 nakatanud minoi tombului di Yang Mulia Rt. Rev. Datuk Julius Dusin Gitom, DD, Keuskupan Sandakan hilo id Bilik Mesyuarat Keuskupan. Kotombuluyan rasmi diri nokotimpuun di jaam 10 kosuabon om miampai di Paderi Paroki, Pembantu Paderi Paroki sabaagi do Penasihat Rohani Kerasulan Belia Paroki (KBP), Pengerusi Pengelola Lembaga Sekolah om Luguan Sikul SM St Mary om SM Konven St. Cecelia, om nogi tongo’ momuruan tulun kogumuan id Paroki Katedral St. Mary, Sandakan id Pusat Pastoral om Dewan Katekatikal, Gereja St Joseph, Batu 1/2 di jaam 7.30 ahapas misa sodopon.
Uhu nopo do tombului rasmi diri nga manahak kotolinahasan om booboros kokomoi konsep kopongonjulan, rasional kopongonjulan, kinoyonon abaabayan, om nogi popoilo tongo’ MOT TBK 2. Minanganu nogi i tompinai Elisha Edward de Los Santo do boros-boroson toniba, isio nopo nga Koordinator TBK 2 i wagu po, minonowoli di tompinai Airene Anne A. Gumanas.
Id kosiwatan kotombuluyan rasmi diti, mongunsikou i Bishop Julius kumaa do oinsanan MOT tu’ pinosodia’ do kalatas konsep TBK 2 i otolinahas kopio. Pinolombus nogi disio o kounsikahan montok kopongonjulan diti abaabayan TBK 2 sabab popointanga’ konsep sinodal miampai tinimungan, partisipasi om misi sabaagi tiiso-iso gamut toponsol id suang kopongonjulan. Nokoboros nogi I Bapa Uskup do abaabayan diti nopo nga abaabayan toinsanan, iri no do oinsanan tulun mositi manahak sokodung mooi do kalantoi o TBK 2 diti om mooi do odimpot kopio o konsep sinodal. Alansan daa isio do maya kopongonjulan TBK 2 diti milo manahak ralan kumaa tinungkusan pelayanan do sukod wagu au okiro hinonggo om nunu nopo pelayanan i wonsoion diolo.
Kotombuluyan rasmi di koduo nopo nga tinimungan di Rev. Fr. Simon J. Kontou (Paderi Paroki), Rev. Fr. Raymond Lee Seng Huat (Pembantu Paderi Paroki/Penasihat Rohani KBP), En. Freddy Graman (Pengerusi Majlis Pastoral Paroki), Justine Marcus (Ahli MPP/Perwakilan PYA ke MPP), Dailius Lucius Lobinjang (Pengerusi Lembaga Pengelola SM St. Mary), Michael Ibau (Pengerusi Komiti Pembangunan dan Harta Benda Paroki), mongingia’ Ang Pean Ming om Mongingia’ Jamini Lucy Francis mobi Luguan sikul St. Mary om Konven St. Cecelia, pinaharo ahapas mogiulung-ulung. Pinotimpuun o sesi di miampai popointutun tongo’ MOT TBK om pinotilombus miampai papabanta i Koordinator TBK 2 do kalatas konsep.
Ahapas nakabanta i kalatas konsep, minanahak i Rev. Fr Simon koimagon kumaa tongo’ MOT TBK 2 mooi do popotilombus goos om kitonggungon di tosonong id suang do kopongonjulan TBK diti. Manahak o paroki do sokodung montok kopongonjulan abaabayan TBK 2 diti. Minanganu nogi o mobi mantad SM St. Mary om SM Konven St. Cecelia do pason mantad luguan sikul do manganu kopio yolo sokodung montok kopongonjulan TBK 2 miampai manahak kasagaan momoguno koumatan mantad koduduo sikul damot kopongonjulan do program diti.
Sokodung di tinahak tongo’ tombului manahak sunduan kumaa MOT do poposodia’ program di kosudong. Suai ko’ iri, alansan daa kopongonjulan TBK 2 diti milo manahak kinoumbalan om poposuni kapamalahawan do kumaraja id walai do Tuhan om nogi popoimagon kotumbayaan Katolik diolo kotunud do kinoburuon teknologi do baino. Mongunsikou tongo’ MOT miampai sokodung di tinahak om alansan da yolo maya do sokodung dii, kalantoi o kopongonjulan do TBK 2.
Pogulu po, nokoongoi o tongo’ MOT hilo id tionon do ababaayan TBK 2 hilo id SM St. Mary om SM Konven St Cecelia ontok 23 Mansak 2023 om 1 Gomot 2023. Mobi Pengelola Lembaga Sikul nga nakatanud nogi minongoi tombului ontok tadau diri.
Ahapas dii, miampai Luguan om Lembaga Pengelola Sikul minogowit o tongo’ MOT do minongoi intong kinoyonon program, fasiliti om kakamot i milo gunoon dasom pohoroon abaabayan TBK 2.
Nolimpupusan o kotombuluyan rasmi diri miampai minigambal o tongo’ tombului om MOT.
COURTESY CALLS MADE BY THE ORGANISING COMMITTEE OF THE 2ND SANDAKAN DIOCESE YOUTH FESTIVAL (TBK2)
Fettwinda Sipaan, Raynold Thomas (translated by Evelyn Jock)
4 March 2023 – A total of 8 representatives from the Main Organizing Team (MOT) of TBK 2 made a courtesy call to the Rt. Rev. Datuk Julius Dusin Gitom, DD, Bishop of Sandakan Diocese. The visit was held in the Diocesan Meeting Room at 10 am. Later at 7.30pm in the evening. the MOT also met up with the Parish Priest of St. Mary’s Cathedral, Assistant Parish Priest, Parish Youth Apostolic Spiritual Advisor (KBP), Chairman of the St. Mary School Board. Principals of SM St. Mary and SM St. Cecilia Convent, as well as lay leaders at the St. Joseph Church’s Pastoral Center and Catechetical Hall in Mile 2 ½.
The main objective of the courtesy call was to share and explained the concept and rationale of the organisation of TBK2. The MOT introduced the team members and also briefed on the programme and venue of TBK2. The newly appointed TBK2 Coordinator, Elisha Edward de Los Santos, gave the briefing.
During the visit with Bishop Julius in the morning, he congratulated the MOT for presenting a detailed Concept Paper of TBK2. He also appreciated that the TBK2 programme inculcates the synodal concept of fellowship, participation and mission which are the main pillars of the organisation. Bishop Julius emphasized, that the TBK2 is a joint programme, and that all relevant parties of the programme should work together so that the synodal concept can be fully realised and hence contributing towards the success of TBK2. He is hopeful that the organization of TBK2 will bring light to the continuity of service among the youth regardless of whatever service they undertake.
The 2nd courtesy call was made in the evening with Rev. Fr. Simon J. Kontou (Parish Priest), Rev. Fr. Raymond Lee Seng Huat (Assistant Parish Priest/KBP Spiritual Advisor), Mr. Freddy Graman (Chairman of the Parish Pastoral Council), Ms Evelyn Jock (Deputy Chairman of the Parish Pastoral Council), Justine Marcus (MPP Member/PYA Representative to MPP), Dalius Lucius Lobinjang (Chairman of St. Mary’s Secondary School Management Board), Michael Ibau (Member of the Parish Property and Development Committee), Mr Ang Pean Ming and Mdm Jamini Lucy Francis, representing the Principals of SM St. Mary and SM St. Cecilia’s Convent of St Cecilia respectively. The session started with a fellowship dinner, followed with the introduction of each members of the MOT, TBK2 and a presentation of the concept paper.
Rev. Fr. Simon encouraged the MOT of TBK2 to continue their efforts and conduct their best in organizing the TBK2. He said that the parish will render its support and will walk together with MOT. The messages from the schools’ representatives indicated that they are supportive of the TBK2 and gave permission for the use of utilities and facilities throughout the programme.
With the encouragement and much support by the invitees, the MOT is enthusiastic and optimistic in planning and preparing relevant programs for TBK2. In addition to this, TBK2 hopes to inspire the youth and promote a call to serve, built authentic relationship as well as gain experience, and strengthen the Catholic faith of the participants which is surrounded by the social media. The MOT expressed their heartfelt gratitude for the support and is hopeful that with this cooperation the organization of TBK2 can be successfully implemented.
Prior to the courtesy calls made on 4 March 2023, the MOT had visited SM St Mary and SM St Cecilia Convent, the event venues of TBK2 on 23 February 2023 and 1 March 2023 respectively. The representative of the School Board was also present during the official visits. The MOTs together with the Principals and the Management of the School Board, inspected the area, facilities and equipment that are permitted to be used throughout TBK2.
The meeting on 4 March 2023 ended with a photo session of all the invitees and MOT.