Berita disediakan oleh: Tim Multimedia dan Publisiti (Valentine Hendricus, Valencia e. Valintine, Evelyn Jock, Stephen Yong, Sylvienna Raymond)
Pertandingan mencipta logo Temasya Belia Keuskupan Sandakan kali ke – 2 (TBK 2) telah diadakan dan dilihat sebagai pembuka langkah sekaligus menjadi pembakar semangat kepada para belia di Keuskupan Sandakan untuk temasya pada kali ini. Juara pertandingan penciptaan logo yang bertemakan “Maria Bangkit dan Bergegas Pergi” (Lukas 1:39) ini akan menjadi logo rasmi TBK 2 yang akan diadakan pada 28 Ogos 2023 sehingga 1 September 2023.
Pertandingan yang diadakan bermula pada 20 Februari 2023 (Isnin) telah berakhir pada jam 6.00 petang bersamaan 26 Februari 2023 (Ahad) dimana sebanyak 11 logo menarik telah dihantar kepada tim penganjur dari para belia di Keuskupan Sandakan. Satu pertemuan menerusi ‘zoom meeting’ oleh Tim Publisiti dan Multimedia telah dijalankan pada 26 Februari 2023 jam 8.00 malam sejurus selepas pertandingan ini berakhir. Pertemuan ini dijalankan untuk membuat undian bagi logo-logo yang akan disenarai pendekkan dan dihantar kepada Penganjur Utama (Main Organizing Team – MOT) untuk proses pemilihan. Pemilihan serta penilaian logo dibuat bukan hanya melihat kepada kecantikan atau keunikan ciptaan logo itu tetapi juga dipilih berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh tim penganjur bersama Tim Multimedia dan Publisiti. Antara kriteria yang dinilai ialah mencipta logo berdasarkan tema TBK 2, penggunaan warna tidak melebihi dari tiga warna dan logo haruslah menggunakan Bahasa Malaysia.
Pemilihan dan penilaian telah pun dibuat dan akhirnya satu logo telah terpilih sebagai logo rasmi TBK 2 dimana logo tersebut menepati terma dan syarat pertandingan mencipta logo pada kali ini. Logo yang berjaya dipilih adalah hasil ciptaan saudara Russel Richard Sebastian yang merupakan salah satu belia dari Paroki Our Lady of Fatima, Beluran. Tim Multimedia dan Publisiti, Saudara Roland Matthew telah ditugaskan untuk menghubungi pemenang pertandingan untuk memaklumkan bahawa logo yang dihasilkannya telah dipilih sebagai logo rasmi TBK 2 dan seterusnya akan digunakan untuk mempromosikan TBK 2 kepada para belia.
Logo ini secara rasminya diumumkan dalam laman media sosial rasmi iaitu Facebook Sandakan Diocesan Youth Apostolate pada 28 Februari 2023 jam 7.00 petang melalui sorotan video pendek yang memaparkan hasil ciptaan logo dan penerangan elemen-elemen yang terdapat dalam logo yang diberikan oleh saudara Russel selaku pemenang pertandingan mencipta logo.
Semua pihak tim penganjur amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua peserta Pertandingan Mencipta Logo TBK 2 atas sokongan dan kesudian untuk menghantar karya mereka kepada pihak penganjur. Semoga semangat para belia semakin bertumbuh dan berkobar dengan adanya logo yang baharu ini. Para belia juga diseru untuk ‘bergegas’ menyertai perayaan terbesar Keuskupan Sandakan pada kali ini untuk merasai sendiri kasih Yesus didalam diri sesuai dengan pesanan Bapa Suci Paus Fransiskus untuk Hari Orang Muda Sedunia ke-37, 15 Ogos 2022 “Sekarang adalah waktunya untuk bangkit! Marilah kita bangkit dan bergegas! Seperti Maria, mari kita membawa Yesus didalam hati kita dan membawa-Nya untuk dikhabarkan kepada semua orang yang kita temui”
2023年第二届教区青年盛会标志设计比赛成绩出炉
新闻编辑:多媒体及宣传组
第二届山打根教区青年盛会(TBK 2)标志设计比赛已经完美落幕。这是青年盛会的一个开端,同时也激发山打根教区青年对这次盛会的热情。这一届的盛会将于2023年8月28日至9月1日举行,主题为“玛利亚起身并急速启程”(路加福音1:39)。标志设计比赛的冠军标志将成为TBK 2的官方标志。
比赛于2023年2月20日(星期一)开始,并于2023年2月26日(星期日)下午6点结束。主办方收到了来自山打根教区青年提交的11个有趣标志。宣传和多媒体组于2023年2月26日晚上8点,也就是在比赛结束后,立即召开了“Zoom”会议。这次会议的目的是投票选出几个最佳标志,入围的标志将提交给主要组织团队(MOT)进行最后投票,选出最佳标志。标志的评估不仅基于标志创作的美观或独特性,还根据组委会与多媒体和宣传组制定的条款和条件进行选择。评估标准包括符合TBK 2主题、使用不超过三种颜色以及标志必须使用马来语。
评估已经完成,也选定了符合条款和条件的标志作为TBK 2的官方标志。成功入选的标志是由Russel Richard Sebastian兄弟所设计,他是贝鲁兰堂区Our Lady of Fatima的一名青年。多媒体和宣传组的Roland Matthew兄弟联系了比赛的获胜者,通知他制作的标志已被选为TBK 2的官方标志,随后将用于向年轻人宣传 TBK 2。
该标志于2023年2月28日晚上7点在教区青年部官方社交媒体网站(Facebook Sandakan Diocesan Youth Apostolate)上通过一段短片正式宣布,该视频强调了标志的设计理念以及获胜者Russel兄弟对标志中元素的讲解。
主办方对TBK 2标志设计比赛所有参赛者的支持表示欣慰和感谢。希望教区青年的热情会随着这个新标志而点燃。也希望青年们能按照教宗方济各在第37届世界青年日(2022年8月15日)的呼吁,赶快报名参加山打根教区这次最盛大的庆祝活动,在自己身上感受耶稣的爱。“现在是奋起的时候了!让我们起身急速起程吧!像圣母玛利亚一样,让我们将耶稣放在心中,并将祂传给我们遇到的每一个人。”
Piboi’an Momonsoi Logo Abaabayan Komulakan Keuskupan 2 2023
Borita pinosodia’ do: Tim Multimedia om Publisiti
Pinapaharo do piboi’an momonsoi logo Abaabayan Komulakan Keuskupan Sandakan di koduo (TBK 2) sabaagi iso laang do popoingkawas sunduan kumaa komulakan ngawi id Keuskupan Sandakan montok monokodung do abaabayan diti. Kapamansayan logo miampai lugu “Maria tuminungag om mugad mibok” (Lukas 1:39) kaanu dumadi logo rasmi TBK 2 i maan pohoroo ontok 28 Magus 2023 gisom 1 Manom 2023.
Piboi’an momonsoi logo diti pinaharo mantad 20 Feb 2023 (Tontolu’), om nopupusan di jaam 6.00 sosodopon ontok 26 Feb 2023 (Tiwang). Haro 11 logo i kagayat do ginawo pinaatod do komulakan ngawi id Keuskupan Sandakan notorimo do tim penganjur. Iso timpuunon maya ‘zoom meeting’ pinaharo do Tim Publisiti om Multimedia ontok 26 Feb 2023 di jaam 8.00 totuong ahapas kolimpupuson piboi’an dii. Pinapaharo do timpuunon dii mooi do momonsoi undian montok logo-logo di pinatayad om nakaatod kumaa Penganjur Utama (Main Organizing Team – MOT). Kopomilian om pongintangan montok logo di nowonsoi okon ko’ maya kolumison di logo no nga pilion nogi tumanud kooturan di natantu do tim penganjur om Tim Multimedia om Publisiti. Piipiro pongintangan i minan intangai nopo nga, momonsoi logo i kosudong miampai lugu TBK 2, momoguno au lobi mantad 3 wotik om logo nuru momoguno Boros Malayu.
Nowonsoi no o kopomilian om haro iso logo di nopili sabaagi logo rasmi TBK 2 id nombo logo dii nopo nga tuminanud kopio do kooturan piboi’an momonsoi logo di natantu. Logo di nopili nopo nga winonsoi di tompinai Russel Richard Sebastian, komulakan mantad Paroki Our Lady of Fatima Beluran. Tim Multimedia om Publisiti, i tompinai Roland Matthew nosuhu do rumomut komulakan i nakalantoi montok do momuara disio do logo di winonsoi dau nopo nga nopili dumadi logo rasmi TBK 2 om oguno montok popoilo toi ko papawara do abaabayan TBK 2 kumaa oinsanan komulakan. Pinosunud o logo rasmi di nopili hilo id media sosial rasmi Facebook Sandakan Diocesan Youth Apostolate ontok 28 Feb 2023 jaam 7.00 sosodopon momoguno video toniba i popokito logo di nowonsoi miampai do kotolinahasan elemen-elemen i haro hiri id logo di winonsoi di Russel sabaagi songulun i nakalantoi do piboi’an dii.
Oinsanan tim penganjur i minomuruan do piboi’an diti mongunsikou miampai do agayo o ginawo kumaa oinsanan komulakan i minanahak sokodung miampai tuminanud Piboi’an Momonsoi Logo TBK 2 diti. Alansan da do sumuni om ounsub sunduan tongo komulakan tu’ haro no logo do wagu. Oinsanan komulakan unsubon mooi tanud diti abaabayan tagayo Keuskupan Sandakan mooi do kaanu yolo momurimon sondii tupus di Jesus id tinan om ginawo sondii. Kopisudong iti miampai nunu i noboros di Bapa Suci Paus Fransiskus ontok Tadau Tulun Komulakan Sompomogunan di-37, 15 Magus 2022. “Iti no timpu tumungag! Kanou tokou tumungag om sumimpod! Miagal nogi di Maria, kanou owito tokou i Jesus id suang ginawo om pahabaro tokou kumaa toinsanan tulun i orubaan tokou.”
LAUNCHING A LOGO DESIGN FOR THE 2ND SANDAKAN DIOCESAN YOUTH FESTIVAL (TBK2)
Article by: Multimedia and Publicity Team
Year 2023 sees the Sandakan Diocesan Youth Apostolate (DYA) organising its 2nd Sandakan Diocesan Youth Festival or TBK2 (Temasya Belia Keuskupan 2) which will be held from 28 August 2023 to 1 September 2023. The Multimedia and Publicity Team (MPT) of the TBK2 has organised a competition on the creation of a logo coinciding with the theme, “Mary set out at that time and went as quickly as she could to a town in the hill country of Judah” (Luke 1:39). This logo will be the official logo for the TBK2. The competition was open to Catholic youths throughout the Diocese of Sandakan, namely, Sandakan, Beluran, Tawau, Lahad Datu and Telupid. The creation of the logo will inspire the youths in heralding the upcoming festival.
The competition which started on 20 February 2023, was opened to all the Catholic youths. The closing date was on 26 February 2023 at 6:00pm. A number of entries were received and out of this, a few were shortlisted and sent to the Main Organising Team (MOT) for further selection. The criteria for the selection of the logo is not only based on the beauty or uniqueness of the logo, but also on following the terms and conditions laid out by the organisers. Other criterias are that the creation of the logo should also be based on the theme of the TBK2 using not more than three colours and Bahasa Malaysia as the main language.
The winning logo that that met all the criterias set by the MPT was designed by Russel Richard Sebastian from Our Lady of Fatima Parish in Beluran. MTP’s Roland Matthew then notified the designer of the winning logo which will be used as the official logo of TBK2. The announcement of the official logo was made on Facebook, the official social media webpage of the Sandakan Diocesan Youth Apostolate on 28 February 2023 at 7.00 pm. A short video was made by MPT highlighting the winning entry, and describing the illustration of the logo and colours used.
The MOT and MPT wishes to express their heartfelt thanks and appreciation to all contestants of TBK2 Logo Creation Competition for their support and enthusiasm in submitting their works to the organisers. May the spirit of the youths be elevated and strengthened.
The youths are called to ‘hasten’ and participate in the biggest celebration of the Diocese of Sandakan and to feel the love of Jesus. As the Holy Father Pope Francis exclaimed for the 37th World Youth Day, August 15, 2022 “Now is the time to rise up! Let us arise and hurry! Like Mary, let us carry Jesus in our hearts and bring Him to be preached to everyone we meet”.