oleh Matthew Kiun

Beluran: Program 2 dalam 1 iaitu Rekoleksi Komuniti Kristian Dasar (KKD) dan Sambutan Hari Wanita peringkat Paroki Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran telah diadakan pada hari Sabtu, 18hb Mac 2023 bertempat di Dewan Gereja Our Lady of Fatima, Beluran. Seramai 86 orang peserta telah hadir ke program tersebut yang dianjurkan oleh Komiti KKD dan Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Paroki OLOF, Beluran yang diketuai oleh Pn. Helda Joslen Marusin, selaku penyelaras Komiti KKD dan KWK Paroki OLOF Beluran.

Antara objektif rekoleksi ini ialah agar ahli KKD tahu peranan dan pelayanan mereka, begitu juga dengan setiap keluarga dan belia juga tahu akan peranan dan tanggungjawab dalam KKD mereka.

Sesi Ceramah 1 – ‘Pelayanan Dan Peranan Ahli KKD’ disampaikan oleh Rev. Fr. Stephen Esguerra, Rektor Paroki OLOF Beluran

Pendaftaran peserta bermula jam 1.00 petang. Program rekoleksi dimulai dengan doa pembukaan, diikuti dengan bacaan Injil. Sesi ceramah pembukaan dengan tajuk ‘Pelayanan dan Peranan Ahli KKD’ yang disampaikan oleh Rev. Fr. Stephen Esguerra, selaku Rektor Paroki OLOF Beluran. Selepas itu, ceramah bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab Keluarga dan Belia dalam KKD’ yang disampaikan oleh seminarian Ricki Boy Hasim,

Sesi 2 – ‘Peranan Dan Tanggungjawab Keluarga dan Belia Dalam KKD’ disampaikan oleh seminarian Ricki Boy Hasim

Sesi ceramah, soal jawab dan sesi fotografi kumpulan telah selesai pada lebih kurang jam 5.20 petang. Misa Senja bermula pada jam 6.00 petang. Dalam misa tersebut telah diadakan pengutusan para ahli KKD dan peserta rekoleksi.

Para peserta Rekoleksi KKD

Ahli KWK yang bertugas sebagai warden Misa Senja bersama Pn. Helda Joslen Marusin.

Ahli-ahli KWK dalam acara pemotongan kek sempena Hari Wanita Sedunia.

Selepas misa, paderi dan semua peserta rekoleksi ke dewan semula untuk jamuan makan malam. Selesai makan malam, acara bermula dengan ucapan alu-aluan dari penyelaras Komiti KWK dan KKD disusuli dengan ucapan dan amanat daripada Rektor Paroki. Kemudian acara pemotongan kek sempena Hari Wanita Sedunia. Acara terakhir sebelum doa penutup ialah penyampaian sijil penghargaan kepada ketua-ketua KKD. Acara selesai lebih kurang jam 10.00 malam.

Penyampaian sijil penghargaan kepada ketua-ketua KKD yang disampaikan oleh Seminarian Ricky Boy Hasim