Kalabakan, 8 – 10 September 2023 – Seminar `Hidup Baru Dalam Roh’ yang julung kali diadakan di Kalabakan menyaksikan penglibatan pelbagai denominasi di mana seramai 106 peserta telah menyertai.
Usaha menjayakan seminar tersebut telah melibatkan beberapa individu termasuk saudara Elroy JOSEPHAT dan saudari Asfaliza BATAN. Turut hadir di dalam seminar ini ialah saudara Steven Juanis Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP), saudara Victor Nasir selaku Koordinator dan saudara Richard Eddie Galing selaku ketua Pembaharuan Karismatik Katolik/Charismatic Catholic Renewal Bahasa Malaysia (PKK/CCRBM) Holy Trinity Church (HTC).
Seorang jurucakap berkata seminar sebegitu akan terus dilanjutkan lagi ke beberapa tempat yang akan dimaklumkan dan mereka yang berminat boleh menghubungi PKK(CCRBM) Gereja Holy Trinity (GHT) untuk maklumat lanjut.