Sharing contributed by:
Ma. Leona Vivian Baguio Praquilles (left side)
Filipino Pastoral Committee (FPC)
St. Mary’s Cathedral, Sandakan

“Dear Brothers and Sisters in Christ!

On the 24th. of September 2023, we celebrated the “WORLD DAY OF MIGRANTS AND REFUGEES”. This year the HOLY FATHER, has focused his message on the right of every person to choose whether to migrate or to stay. During our Recollection Day on 23rd. of September 2023, we focused our discussion and opinion regarding the theme for the 109th. World Day of Migrant and Refugees 2023, “FREE TO CHOOSE WHETHER TO MIGRATE OR TO STAY.” The main reasons why people choose to migrate are because of work or economic opportunity, to join family and others move to escape conflict, persecution, poverty and human rights violations.

Base on my own experience as a MIGRANT here in Sabah for 40 years, we encountered advantages in various factors; including more flexible labor market and large pool of skills, whereas the disadvantages include crowding and increased demand for public services due to immigration. Some people choose not to migrate and stay in their own country, because of involuntary immobility. This means that they do not have the resources to migrate, even if they wanted to. Often, this applies to the poorest people in society, who have no choice to stay where they are. As a migrant to a different place, it leads us intermixing of people from diverse cultures and traditions and adapting different languages. My main reasons to migrate: escaping hardships in poverty, seeking better life, and employment.

In my journey as a migrant, we faced multiple risks and difficulties in employment, but I never give up instead, pushing myself to face all the challenges I have been encountered. As a widower, I raised my son alone without any support from my family, but because of my strong determination to gain my goal, I asked myself, “If others can do, why should not I?” I am grateful to Almighty Father for He is always there for us in time of troubles.

Now and then, MIGRANTS are the main targets for abuse, extortion and exploitation due to a lack of a protective family network, lack of information, or missing documents. Many immigrants suffer accident or illness and cannot benefit much from medical care especially in government hospitals. Some lost contact with their families. Many MIGRANTS are prolonged detention for having entered or overstayed in foreign country. We have significant issues facing migrant today:
# lack of employment opportunities
# access to medical services
# cultural differences
# raising children
# prejudice
# racial tension and discrimination

To break the significant issues, by constructing the long and winding road to build for our future, because we are the world, we are the children, we are the one to make a better place for everyone. God wants us to be united as children of God, all people on earth are MIGRANTS, this land not belong to us and we are only temporarily settlers. The permanent place to stay, the place where Jesus Christ promise to us, the place we could live with him forever. Amen!”

Perkongsian oleh:
Ibu Yuliana Ritan
Keluarga Besar Katolik Indonesia
Paroki Katedral St. Mary, Sandakan

“Shalom dan salam damai saudara-saudari migran dan perantau yang terkasih.

Ini adalah sedikit perkongsian saya mengenai tema Hari Migran dan Pengungsi Sedunia yang ke-109 untuk tahun 2023, “Bebas Memilih untuk Berhijrah atau Menetap.” Saya amat tersentuh dengan tema pada kali ini kerana terlalu banyak faktor penyebabnya berlakunya migrasi seperti ekonomi, bencana alam dan peperangan. Di sini, saya ingin berkongsi lebih kepada faktor ekonomi kerana inilah penyebab utama bagi saya dan keluarga berhijrah ke sini. Kami merantau ke sini demi memperbaiki keadaan ekonomi keluarga kami. Sebagai migran dan perantau, pasti ada cabaran yang dihadapi di tempat yang dituju. Tidak dapat dinafikan dan dielakkan sekiranya wujud prasangka daripada penduduk tempatan terhadap para migran dan perantau. Maka dengan itu, kita mestilah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan mengenali sesama dengan secepat mungkin. Maka, dengan bantuan Tuhan melalui sesama, kita dapat lebih mengenali, saling memberi dan menerima. Seiring dengan penyesuaian itu, maka kita dapat mewujudkan komuniti yang berjalan bersama, melayani semua orang yang memerlukan, di samping itu juga kita dapat membangun iman dengan sesama kita iaitu beriman kepada Tuhan Yesus. Tuhan memberkati kita. Terima kasih.”

Perkongsian oleh:
Sdra. Freddy a/k Graman
Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
dan Umat Komuniti Perantau dari Negeri Sarawak

“Shalom dan salam damai dalam kasih Kristus.

Syukur kepada Allah Bapa yang maha mengasihi kerana pada tahun ini kita berpeluang untuk menyambut perayaan Hari Migran dan pengungsi Sedunia yang ke-109. Topik mengenai migran merupakan satu topik yang sangat popular pada zaman globalisasi ini. Migran atau pengungsi adalah pilihan bebas dan menjadi hak setiap orang untuk menentukan mana yang terbaik bagi kehidupan mereka selanjutnya. Untuk bertahan hidup dan menjadikan kehidupan lebih baik adalah tujuan utama para migran atau pengungsi.

Saya ingin memetik pesanan Paus Fransiskus untuk Hari Migran dan Pengungsi Sedunia 2023, “Sebab ketika Aku lapar, maka kamu memberi Aku makan, Aku haus, dan kamu memberi Aku minum, Aku adalah orang asing, dan kamu menyambut Aku, Aku telanjang, dan kamu memberi Aku pakaian, Aku sakit, dan kamu memelihara Aku, Aku dipenjarakan dan kamu mengunjungi Aku.” (Matius 25:35-36). Kata-kata ini adalah peringatan yang berterusan untuk kita melihat para migran bukan sahaja sebagai saudara-saudari kita yang dalam kesusahan, tetapi melihat mereka sebagai peribadi Kristus sendiri, yang mengetuk pintu hati kita. Oleh itu, sementara kita berusaha untuk memastikan bahawa dalam setiap kes migrasi atau penghijrahan adalah hasil keputusan bebas, kita dipanggil untuk menunjukkan penghormatan yang tinggi terhadap maruah setiap migran. Ini adalah termasuk membantu dan mengurus gelombang migrasi sebaik mungkin, membina jambatan dan bukannya tembok, mengembangkan saluran untuk migrasi yang selamat dan teratur. Di mana sahaja kita memutuskan untuk membina masa depan kita, di negara kelahiran kita atau di tempat lain, perkara yang paling penting ialah sentiasa ada komuniti yang bersedia untuk mengalu-alukan, melindungi, memajukan dan mengintegrasikan semua orang, tanpa membeza-bezakan dan tanpa mengenepikan sesiapa.

Seiring dengan tema Sinod Para Uskup Sedunia 2023, marilah kita berkolaborasi untuk saling melengkapi satu sama lain agar pelayanan kemanusiaan demi keutuhan ciptaan dan kemerdekaan anak-anak Allah dapat dialami oleh saudara-saudara kita migran dan pengungsi di manapun mereka ditemui. Jika tercapai, ini akan menjadi tanda keberhasilan misi gereja sinodal sekaligus penjamin penyertaan umat dalam perwujudan Missio Dei, mewartakan Injil kepada segala makhluk, membangun dan memberi kesaksian tentang kerajaan Allah.

Selamat menyambut Hari Migran dan Pengungsi Sedunia 2023. Tuhan memberkati.”

Perkongsian oleh:
Sdri. Christine Chan (sebelah kanan)
Komiti Penyelaras Cina
Katedral St. Mary, Sandakan

“Shalom semua.

Oleh kerana saya sendiri berada di dalam komiti penganjur, saya berasa gembira dan syukur kerana mendapat banyak pengajaran tentang berkongsi apa sahaja yang ada. Terima kasih atas segala yang dikurniai Tuhan kepada kita. Saya juga merupakan seorang migran di dunia ini dan akan kembali ke pangkuan Tuhan di mana tempat asal sebenar kita sebagai anak-anak Tuhan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dalam tim penganjur sejak tahun lalu sehingga pada tahun ini kerana pengorbanan para ahli-ahli tim lain telah memberi saya banyak sokongan dan dorongan untuk meneruskan pelayanan saya.

Akhir sekali, terima kasih juga kerana saya diberi peluang dan ruang untuk perkongsian daripada saya ini. Tuhan memberkati.”


Perkongsian oleh:
Sdra. Linus Sondungan
Pengerusi Majlis Pastoral Umat Katolik Gereja St. Petrus, Sungai Manila
Paroki Katedral St. Mary, Sandakan dan Umat Komuniti Kadazan

“Shalom dan salam damai kepada semua.

Saya bersukacita kerana diberikan peluang untuk berkongsi sedikit tentang pengalaman semasa penganjuran Hari Migran dan Pengungsi Sedunia 2023 Peringkat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Sebenarnya saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang tenaga penganjur semasa perayaan tersebut dan secara peribadi, saya dapat rasakan cintakasih Tuhan kepada kita semua. Saya sangat berbesar hati dan gembira kerana dapat melayani melalui penganjuran tersebut.

Inti perkongsian saya ini adalah mengenai betapa besarnya cintakasih Tuhan terhadap semua insan yang saya alami dengan sesama tanpa mengira latar belakang dan asal-usul melalui perayaan ini. Walaupun saya adalah warga Daerah Sandakan, namun saya sedar bahawa saya juga merupakan seorang migran, di mana semua manusia termasuk saya sendiri adalah migran dan hanya menetap sementara di dunia ini. Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Saya juga dengan ikhlas, ingin menyatakan di sini bahawa saya berniat untuk terus melayani sebagai tenaga penganjur lagi bersama ahli-ahli tim yang lain, sekiranya ada peluang.

Sekian dan terima kasih. Tuhan memberkati.”