Gambar dan artikel disediakan oleh Javy Jimmy
TELUPID – Sambutan Ulang Tahun Pentahbisan Rev. Fr. Christopher dan Hari Natal telah disambut pada 28 Disember 2024 pada pukul 11.00 pagi bertempat di Kafeteria Paroki St. Martin. Sambutan ini dirayakan dengan baik oleh umat KUK dari semua kapela Paroki Telupid. Penganjuran untuk tahun ini telah dilaksanakan oleh Zon Padre Pio yang sederhana namun meriah.

Rev. Fr. Christopher Ireneus, bergambar bersama ibu dan bapanya
Misa Kudus Kesyukuran Natal yang juga bersempena Hari Kanak-Kanak Martir telah dijalankan di Gereja St. Martin pada pukul 9.00 pagi, Selepas misa kudus berakhir, semua umat dijemput ke kafeteria Paroki St. Martin, Telupid untuk merayakan hari Natal sekaligus menyambut Ulang Tahun Pentahbisan Kepaderian Rev. Fr. Christopher Ireneus yang ke-8.

Rev. Fr. Christopher Ireneus menyampaikan ucapan sempena sambutan Majlis Ulang Tahun Kepaderiannya yang ke-8

Persembahan lagu dari keluarga besar Rev. Fr. Christopher Ireneus

Bergambar bersama keluarga besar Rev. Fr. Christopher Ireneus