Gambar oleh Riomanus Andi
Artikel oleh Justina Apolinaris

Pada 9 Februari yang lalu, belia dari Chapel of Divine Mercy, Sapang telah menerima lawatan daripada Tim PYA Paroki St. Dominic Lahad Datu. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama belia. Chapel yang terletak di jalan Semporna – Kunak dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari Paroki dengan menaiki kereta adalah salah satu chapel luarstasi yang berada dibawah naungan Paroki St. Dominic, Lahad Datu.

Ketibaan para belia pada pukul 9.30 pagi telah diselitkan dengan beberapa aktiviti yang menarik seperti games, praise and worship dan sedikit perkongsian secara berkumpulan dan individu sebelum waktu misa pada pukul 3.00 petang. Lebih kurang 30 orang belia dari luarstasi ini telah hadir bersama di dalam semua aktiviti-aktiviti tersebut. Aktiviti yang telah diadakan adalah berdasarkan tema “Mereka yang berharap kepada Tuhan akan berlari dan tidak lesu (Yes 40:31) “.

Aktiviti ini mengandungi banyak hal yang mampu membuka mata dan fikiran belia agar sentiasa bergiat aktif dalam pelayanan di gereja tidak kira daripada pelbagai peringkat umur.

Syukur puji Tuhan dengan lawatan pertama kali di luarstasi ini, semua aktiviti telah berjalan dengan baik sekaligus memberi motivasi terutamanya bagi AJP belia luarstasi yang baharu sahaja terbentuk pada 1 Februari 2025 yang lalu.